SELEPAS mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Joe Biden dilaporkan sudah mengambil alih akaun media sosial @POTUS, iaitu akaun Twitter rasmi milik presiden negara berkenaan.
Ia sekali gus menandakan bahawa akaun rasmi itu kini telah beralih dari pentadbiran Trump ke pentadbiran Biden sejurus selepas pelantikan beliau.
Malah, menurut Twitter, semua ciapan akaun berkenaan yang berkait rapat dengan pentadbiran Trump kini telah diarkibkan.
Lantaran itu, Presiden Amerika Syarikat ke-46 turut mengemas kini biografi akaun itu dan turut memuat naik ciapan pertamanya sebagai presiden jam 12:30 tengah hari waktu tempatan.
Selain itu juga, akaun Twitter Wanita Pertama AS, Lady Jill Biden, yang sebelum ini dikenali sebagai @FLOTUSBiden kini telah bertukar menjadi @FLOTUS.
Bukan itu sahaja, akaun Naib Presiden Kamala Harris kini secara rasmi dikenali sebagai @VP, dan beliau turut memuat naik ciapan pertamanya pada akaun itu pada Rabu.
Akaun pasukan peralihan Biden, @transition46, kini secara rasmi menjadi @WhiteHouse, sementara akaun Setiausaha Akhbar Jen Psaki adalah @PressSec.
Pemindahan rasmi akaun Twitter presiden itu berlaku setelah Biden dan Naib Presidennya, Harris, mengangkat sumpah bagi jawatan berkenaan di bangunan Capitol pada hari Rabu, yang tidak dihadiri Trump.
Dalam perkembangan lain, Twitter turut menyatakan pihaknya tetap akan menggantung akaun milik Trump dan tiada sebarang makluman bagi pembatalan tindakan itu setakat ini.
Terdahulu, akaun rasmi milik Trump iaitu @realdonaldtrump digantung selepas didapati memuat naik ciapan berbentuk hasutan sehingga menyebabkan para penyokong bekas presiden itu melakukan demontrasi di bangunan Capitol AS.
Afiq Ariffin
Thu Jan 21 2021

Lantaran itu, Presiden Amerika Syarikat ke-46 turut mengemas kini biografi akaun itu dan turut memuat naik ciapan pertamanya sebagai presiden jam 12:30 tengah hari waktu tempatan.

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 25 Feb 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Agenda AWANI: Memahami faedah vaksin COVID-19
Lindungi diri, lindungi semua. Pertingkatkan lagi pemahaman kita mengenai faedah vaksin COVID-19. Diskusinya bersama Nazri Kahar dan Pakar Dasar Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng.

Agenda AWANI: SOP ibadah umrah norma baharu
Pastinya ramai umat Islam rindu untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. Apakah SOP yang telah digariskan oleh kerajaan Arab Saudi kepada mereka yang ingin menunaikan ibadah umrah? Diskusi Nazri Kahar bersama Ketua Pegawai Eksekutif, TH Travel & Sevices Sdn Bhd, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali.

AWANI Ringkas: ADUN Sebatik umum keluar Warisan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Peniaga gulai itik parah, perut terburai di dalam kereta
Seorang peniaga warung makan berusia 59 tahun ditemui cedera parah dengan perut terburai akibat ditikam orang tidak dikenali dalam kejadian samun di Jalan Lencongan Timur Sungai Petani awal pagi Khamis.

MyFutureJobs | Kerajaan sasar kenaikan 20 peratus penempatan pekerjaan
Kementerian Sumber Manusia meletakkan sasaran kenaikan sekurang-kurangnya 20 peratus dalam penempatan pekerja menerusi MyFutureJobs, tahun ini berbanding tahun lalu.
![[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Feb 2021) [INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Feb 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892524/8967789641614256142621_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Feb 2021)

Thailand terima bekalan pertama vaksin China
Thailand menerima kumpulan pertama 200,000 dos vaksin Sinovac keluaran China dengan Perdana Menteri, Prayuth Chan o-Cha akan menjadi individu pertama disuntik diikuti petugas barisan hadapan dan golongan mudah terjejas.

5 perkara penting kenyataan media harian PKP - 25 Feb 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Penggunaan domestik kekal terajui kestabilan ekonomi China
Kestabilan ekonomi China terus disumbang penggunaan domestik yang mencecah nilai AS$6 trilion atau RM24.2 trilion pada 2020 sekali gus menyumbang 54.3 peratus kepada KDNK.

Janna Nick buat laporan polis terhadap netizen yang cetus provokasi
Peminat K-Pop kembali menyerang pelakon tersebut kerana didakwa mempersenda nama seorang bintang Korea dalam telefilem arahannya.

COVID-19: Perkembangan positif, nilai Rt kini pada paras 0.89
Menurut Dr Noor Hisham, Malaysia mensasarkan nilai Rt kurang daripada satu kepada 0.5 untuk membendung wabak COVID-19.

Lukaku jaringkan gol ke-300 sepanjang karier
Lukaku kini telah menjaringkan 56 gol buat Inter dalam kesemua kejohanan sejak menyertai pasukan itu daripada Manchester United pada Ogos 2019.

Gangguan seksual: Beranikan diri lapor jika diganggu anggota penguatkuasa
Apa hak anda sebagai orang awam sekiranya polis menghentikan kenderaan anda ketika sekatan jalan raya?

Polis sedang siasat kes wanita dakwa anggota polis minta tunjuk payudara untuk elak disaman
Pengarah JIPS Bukit Aman berkata, pihaknya telah memanggil kedua-dua wanita terbabit untuk membantu pihak JIPS menjalankan siasatan.

Anda sedar mengenai Clubhouse, mungkin bakal menjadi trend baharu di Malaysia?
Ia seperti perbualan gaya podcast kecuali pengguna dapat berinteraksi secara real time dengannya dan mempunyai komunikasi dua hala.

Ramesh Rao mengaku tidak bersalah buat hantaran Twitter bersifat jelik
Ramesh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhelmy Hasan.

Apa hal ni? Tular kakitangan syarikat kurier baling barang pelanggan
Seorang pekerja dilihat turut membaling barangan pelanggan, selain kedengaran teriakan dipercayai sebagai meluahkan rasa tidak puas hati.

Pasukan polis bersenjata halang tunjuk perasaan di Myanmar
Terdahulu, penunjuk perasaan dilaporkan telah berkumpul berhampiran dewan berkenaan sebelum berarak dan melaungkan slogan anti-tentera.

Untuk simpanan anak cucu, gambar "Pada 2019" buat netizen rindu
Anda rindu nak buat apa?