picture-sdadcfawdcwq.jpg
Keinginannya menjadi Pembantu Juruterbang disegani dan sedia beri komitmen terbaik demi menjadikan MAS sebagai satu kebanggaan negara dan rakyat Malaysia.

SEKILAS MENGENAI JOHAN ARIFF AHMAD:
Berpengalaman memandu pesawat MAS Boeing 737- 400, Airbus A330-200/300 , Boeing 747-400 dan Airbus A380-800. Pengalaman bertugas bersama ayahnya buat kali pertama ke London dianggap sebagai that awkward moment, namun ia meninggalkan momen manis sepanjang kariernya.

JEJAK MASA DEPAN

Punya karier yang sama dengan ayahnya nyata memberi kelebihan bagi Johan kerana ia banyak memberi inspirasi selain tunjuk ajar dan menekuni kepakaran yang berpaksikan kepada pengalaman. “Saya banyak berbincang dengan ayah dan apa-apa yang saya tak tahu atau keliru dialah tempat untuk saya rujuk,” ulasnya lagi yang banyak membaca juga melakukan bunk flying (mengemudi pesawat dalam imaginasi mengenai apa yang harus dikawal) sebagai persiapan untuk mengasah minda dan memperkasa kemahirannya. Di sebalik kesederhanaan dalam perwatakannya, tersimpan sebuah intuisi dan semangat yang tinggi untuk terus ‘terbang’ dan menjejaki masa depannya dalam industri ini.

Tenang dan teliti, itu rumusan singkat saya mengenai karakternya yang turut mempengaruhi kejituan jiwanya sebagai figura penting yang membantu juruterbang mengemudi pesawat. Bagi Johan, pengalaman manis terbang bersama MAS bukan sekadar berpeluang menyelusuri ceruk rantau atlas dunia malah dilihat dalam dimensi yang berbeza dan pada skala yang lebih luas. “Saya bertuah kerana kerjaya ini banyak mengajar saya untuk belajar tentang major technical perspective. Saya bersyukur dan gembira dengan kerjaya pilihan saya serta berpeluang bekerja dengan individu-individu yang berbeza latar belakang,” hurainya lagi.

*ikuti perjalanan warga MAS di InTrend edisi Disember 2014