awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pentadbiran Gaza bermula di Kaherah
Pas, Bersatu nafi dakwaan provokasi politik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johari Abdul adakan perbincangan dengan rakan sejawat dari India mengenai kerjasama dua hala

Bernama
Bernama
16/01/2026
15:15 MYT
Johari Abdul adakan perbincangan dengan rakan sejawat dari India mengenai kerjasama dua hala
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul pada Jumaat mengadakan perbincangan dengan Speaker Parlimen India Om Birla mengenai bidang potensi kerjasama dua hala. - Foto X/@ombirlakota
NEW DELHI: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul pada Jumaat mengadakan perbincangan dengan Speaker Parlimen India Om Birla mengenai bidang potensi kerjasama dua hala.

Ringkasan AI
  • Tan Sri Johari Abdul berbincang dengan Speaker Parlimen India Om Birla mengenai potensi kerjasama dua hala di luar Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Negara-Negara Komanwel ke-28 di New Delhi.
  • Perbincangan tertumpu kepada perkongsian India-Malaysia dalam merancakkan pelancongan, meningkatkan pelaburan bersama, dan mengiktiraf sumbangan besar diaspora India.
  • Kedua-dua pihak mengesahkan komitmen untuk memperkukuh kerjasama parlimen serta membincangkan impak media sosial dan kecerdasan buatan terhadap ahli parlimen dan prosedur perundangan semasa Persidangan Komanwel.

Pertemuan mereka berlangsung di New Delhi di luar Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Negara-Negara Komanwel (CSPOC) ke-28.
"Perbincangan tertumpu kepada potensi luas perkongsian India-Malaysia, termasuk usaha merancakkan pelancongan, meningkatkan pelaburan bersama, serta mengiktiraf sumbangan besar diaspora India," kata Birla dalam satu hantaran di platform X.
Kedua-dua pihak turut mengesahkan semula "komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama parlimen."
Persidangan Komanwel yang berlangsung dari 14 hingga 16 Januari itu membincangkan pelbagai isu bermula daripada perkara perundangan tradisional sehinggalah kepada cabaran baharu yang timbul daripada penggunaan kecerdasan buatan (AI) serta pertumbuhan pesat media sosial.
Para peserta turut meneliti impak media sosial dan AI terhadap ahli parlimen serta prosedur perundangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johari Abdul
#perbincangan
#India
#Om Birlia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan