Johari akan jumpa Dr Zaliha, Datuk Bandar bincang status Flat Seri Perlis 2

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berucap pada Program Santuni MADANI Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di Flat Seri Perlis 2 hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan mengadakan perbincangan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa untuk mendapatkan pengesahan status pembangunan Flat Seri Perlis 2, Taman Datuk Keramat, di sini.
Ringkasan AI
- Johari Abdul Ghani akan berbincang dengan Menteri untuk sahkan status pembangunan Flat Seri Perlis 2 di Taman Datuk Keramat.
- Penduduk dikejutkan dengan khabar angin mengenai pembangunan semula perumahan awam tersebut.
- Johari menegaskan sebarang cadangan pembangunan perlu melalui perbincangan dengan DBKL, kementerian, dan wakil rakyat kawasan.
Johari berkata buat masa ini, status perumahan awam terbabit kekal seperti sedia ada kerana tiada sebarang cadangan pembangunan khusus dikemukakan oleh mana-mana pemaju.
Beliau menegaskan sebarang cadangan pembangunan semula perlu melalui perbincangan melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kementerian berkaitan serta wakil rakyat kawasan terlibat.
Mengulas Program Santuni MADANI, Johari berkata inisiatif itu bertujuan mendekatkan pemimpin dengan rakyat, memahami kebimbangan penduduk secara langsung serta menyampaikan perkhidmatan kerajaan kepada komuniti setempat.
Dalam program berkenaan, lebih 300 ketua isi rumah daripada golongan asnaf menerima bantuan bakul makanan berisi barangan keperluan harian selain sumbangan barangan persekolahan kepada murid dan pelajar.
Dalam perkembangan lain, Johari berkata beliau menjangkakan purata harga minyak sawit mentah (CPO) akan kekal melebihi RM4,000 setan metrik pada tahun depan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


