awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal setakat pagi ini
Tiada arahan henti pembinaan menara telekomunikasi di Taman Jus Permai - Exco
Enam ikan paus mati terdampar di pantai terpencil New Zealand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand

Bernama
Bernama
16/01/2025
08:10 MYT
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Johari telah mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Perhimpunan Kebangsaan dan Speaker Dewan Perwakilan Thailand Wan Muhamad Noor Matha. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Parlimen Malaysia dalam kenyataan memaklumkan bahawa Johari telah mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Perhimpunan Kebangsaan dan Speaker Dewan Perwakilan Thailand Wan Muhamad Noor Matha, bagi membincangkan pelbagai isu strategik rantau ASEAN.
"Semasa pertemuan tersebut, Yang Dipertua Dewan Rakyat turut berkongsi persiapan Parlimen Malaysia untuk mempengerusi Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) pada September ini," menurut kenyataan itu.
Beliau turut menjemput Wan Muhammad Noor serta Senator Thailand untuk menyertai AIPA yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur.
Selain Wan Muhammad Noor, Johari yang juga Presiden AIPA ke-46 turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Senat Thailand Mongkol Surajja, bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama antara institusi legislatif ASEAN serta mempererat hubungan dua hala antara institusi legislatif Thailand dan Malaysia.
Parlimen Malaysia komited untuk terus memacu pembangunan mampan dan membawa ASEAN ke arah masa depan yang lebih progresif dan inklusif, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Yang Dipertua Dewan Rakyat
#Johari Abdul
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan