awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
Musk dakwa bantahan terhadap deepfake Grok hanya alasan untuk penapisan
Kerajaan komited terjemah pertumbuhan ekonomi kepada pekerjaan dan masa depan rakyat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor akan pergiat promosi pelancongan sempena Tahun Melawat Johor 2026

Bernama
Bernama
10/01/2026
09:03 MYT
Johor akan pergiat promosi pelancongan sempena Tahun Melawat Johor 2026
Aznan Tamin (dua, kanan), menyambut ketibaan pelancong dari Batam, Indonesia, sempena Sambutan Tahun Melawat Johor 2026 di Terminal Feri Tanjung Belungkor, Kota Tinggi, hari ini. - Bernama
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor akan mempergiat usaha promosi pelancongan membabitkan kerjasama pelbagai agensi sempena Tahun Melawat Johor 2026 (VJY2026).
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Aznan Tamin berkata selain program menyambut ketibaan pelancong di pintu masuk negeri, kerajaan negeri juga akan menyalurkan maklumat berkaitan pelancongan Johor kepada media massa.
"Hari ini kita menyambut kehadiran pelancong dari Indonesia bagi mempromosikan Johor, dan pada masa sama berharap usaha ini dapat melibatkan kawasan lain di negeri ini.
"Program ini telah dilaksanakan di beberapa pintu masuk dan hari ini merupakan sesi terakhir bagi siri tersebut. Setakat ini, 16 pintu masuk telah melaksanakan program yang sama.
"Bagaimanapun, program ini tidak akan berakhir hari ini sahaja kerana akan ada lagi program susulan bagi memastikan promosi negeri Johor terus berjalan selari dengan hasrat menjayakan VJY2026," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan pelancong dari Batam, Indonesia sempena VJY2026 di Terminal Feri Tanjung Belungkor, Kota Tinggi, hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Tourism Johor Mohammad Nazrul Abd Rahim.
Aznan berkata dari segi penerangan negeri, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Penerangan serta jabatan lain mengikut portfolio masing-masing bagi mendapatkan maklumat daripada Tourism Johor untuk disalurkan kepada wartawan dan media, sekali gus memperluaskan liputan program pelancongan Johor.
Dalam pada itu, beliau berkata kawasan Pengerang mempunyai potensi besar sebagai destinasi pelancongan dengan tiga pintu masuk utama iaitu Jeti Tanjung Belungkor, Jeti Tanjung Pengelih dan Desaru Coast.
Beliau berkata dengan promosi yang berterusan, Desaru dijangka terus menerima sambutan pelancong di mana hampir setiap hujung minggu kawasan Pengerang dipenuhi pengunjung.
Selain tarikan berskala besar, Aznan berkata Johor turut memberi penekanan kepada produk ekonomi tempatan sebagai sebahagian daripada penawaran pelancongan negeri.
"Antara tarikan yang boleh diketengahkan di kawasan Pengerang termasuk Pulau Tanjung Surat, ladang tiram, ladang makanan serta zoo, yang boleh dikolaborasikan bagi menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelancong," katanya.
---BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tahun Melawat Johor
#VJY2026
#promosi
#pelancongan
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan