awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor bakal bina HSA 2 dengan kos RM500 juta

Bernama
Bernama
23/06/2022
10:14 MYT
Johor bakal bina HSA 2 dengan kos RM500 juta
HSA sedia ada akan terus kekal sebagai hospital negeri sekali gus mengharapkan agar pembinaan hospital kedua itu dapat direalisasikan. - Bernama
ISKANDAR PUTERI: Johor sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan daripada kerajaan Persekutuan bagi pembinaan Hospital Sultanah Aminah (HSA) 2 membabitkan kos sebanyak RM500 juta.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata projek pembinaan hospital baharu itu diharapkan tersenarai dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan dijangka dapat dimulakan pada 2024 sekiranya mendapat kelulusan.
Beliau berkata hospital yang akan dibina di tanah berkeluasan 207.55 hektar di Kempas itu turut mendapat sokongan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
"Seluruh Bangsa Johor mengimpikan untuk mendapat hospital baharu, iaitu HSA 2 dan kami sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan supaya hospital tersebut dapat tersenarai dalam Rolling Plan ketiga RMK12.
"Johor meletakkan projek ini sebagai keutamaan dan kita juga dapat sokongan KKM. Setakat yang saya tahu, kementerian telah mencadangkan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) membabitkan peruntukan RM500 juta untuk projek ini," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.
Menurut beliau hospital berkenaan bakal dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dengan reka bentuk moden serta kapasiti parkir yang banyak.
"Bukan hospital sahaja, kita akan buat Pejabat Kesihatan negeri di dalam kawasan itu dan pelbagai fasiliti lain, tetapi bagi fasa pertama kita akan mendirikan bangunan hospital dengan kapasiti 350 katil dengan klinik-klinik pakar yang ada," katanya.
Ling berkata HSA sedia ada akan terus kekal sebagai hospital negeri sekali gus mengharapkan agar pembinaan hospital kedua itu dapat direalisasikan.
Mengulas mengenai vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak yang cukup usia lima tahun, beliau berkata ibu bapa boleh membuat pendaftaran melalui MySejahtera dan selepas itu mereka akan dirujuk ke Klinik Kesihatan berdekatan untuk menerima vaksin.
Menurutnya kadar vaksinasi COVID-19 penduduk dewasa di Johor telah mencapai 100 peratus dengan 2.732 juta individu telah lengkap vaksinasi setakat 6 Jun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Sultanah Aminah
#HSA 2
#RMK12
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan