Kerajaan negeri Johor akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes penyelewangan dalam urusan hartanah dan perumahan di negeri ini, baru-baru ini.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya memandang serius kes itu yang membabitkan enam individu termasuk anak dan seorang pegawai khas kepada seorang Exco kerajaan negeri serta membekukan 45 akaun bank bernilai RM15.5 juta.
"Adalah menjadi komitmen kerajaan negeri untuk memastikan tidak ada campur tangan daripada mana-mana pihak berhubung kes tersebut. Ini bagi memastikan ketelusan dan kelancaran terhadap siasatan yang dijalankan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Seleweng hartanah: Pengarah Bahagian Siasatan SPRM hadir ke pejabat SPRM Johor
BACA: Exco negeri Johor, Abd Latif Bandi bercuti mulai hari ini
Beliau berkata semua jabatan serta agensi kerajaan negeri akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM supaya siasatan mengenai penyelewengan itu dapat dilakukan dengan adil.
Mohamed Khaled berkata tindakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Abd Latif Bandi, yang memohon bercuti daripada perkhidmatan sehingga siasatan kes itu selesai, juga amat bersesuaian bagi membolehkan siasatan itu berjalan lancar dan bebas serta membuktikan sikap kerajaan negeri yang berpegang teguh kepada amalan integriti dan ketelusan.
Pada Jumaat lepas, SPRM menahan kesemua suspek itu di negeri ini kerana disyaki bersubahat dalam pengurangan premium tanah yang diluluskan untuk projek-projek perumahan dan perindustrian serta penukaran status premis-premis di Johor.
SPRM juga merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk matawang asing dan dokumen-dokumen bagi membantu siasatan.
Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri juga akan mengumumkan tidak lama lagi mengenai usaha yang bakal diambil untuk memperkemas prosedur dan tadbir urus berhubung urusan hartanah dan perumahan bagi mengelak kemungkinan berlaku ketirisan dan penyalahgunaan kuasa.
"Kerajaan negeri akan memperkemas prosedur dan tadbir urus setelah meneliti dan mengambil kira perkembangan mutakhir berhubung isu penyelewengan dalam urusan hartanah serta perumahan di negeri ini," katanya.
Berikutan kes itu, katanya kerajaan negeri mendapati adanya kekeliruan pemahaman mengenai isu penukaran atau pelepasan status rumah-rumah Bumiputera kepada status awam atau bukan Bumiputera.
Mohamed Khaled menjelaskan pelepasan status Bumiputera adalah dasar yang dibenarkan oleh kerajaan negeri namun, ia tidak sama sekali melibatkan rumah kos rendah dan mampu milik seperti yang didakwa sesetengah pihak.
"Pelepasan itu hanya dibenarkan untuk rumah-rumah mewah dan tidak dibenarkan bagi kategori Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) atau Rumah Kos Rendah.
"Permohonan ini lazimnya dibuat oleh pemaju perumahan untuk mengelakkan kerugian yang besar dan menjadi beban kepada komitmen pembiayaan projek pembangunan mereka," katanya.
Menurutnya sejak 2013, pemaju yang membuat permohonan pelepasan status Bumiputera itu juga dikenakan syarat tambahan iaitu perlu menyumbang kepada Tabung Perumahan Bumiputera iaitu sumber pendapatan bagi menjayakan lebih banyak projek perumahan golongan itu di negeri ini.
"Sumbangan yang diperolehi sejak 2013 adalah kira-kira RM600 juta. Dana ini seterusnya digunakan oleh kerajaan negeri melalui Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) seperti PIJ Holding dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) sebagai sumber dana dan perbelanjaan," katanya.
Perbelanjaan itu antaranya adalah untuk mengenal pasti dan membeli tanah-tanah yang bersesuaian bagi membina rumah mampu milik di seluruh Johor, membina lebih banyak rumah kos rendah dan rumah mampu milik untuk rakyat Johor seperti yang ditawarkan dalam RMMJ serta membina gerai-gerai atau pusat berniaga mampu milik untuk golongan Bumiputera.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2017
KHALED: Kerajaan negeri Johor akan memberikan kerjasama kepada SPRM berhubung siasatan kes penyelewangan dalam urusan hartanah dan perumahan. - Gambar fail
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Gaya hidup pemimpin UMNO yang mewah punca kekalahan BN - Ahmad Said
Gaya hidup pemimpin UMNO yang mewah dan terlalu elit itu menyebabkan mereka terpisah dari masyarakat.
Jawatan MB Johor, serah kepada Kerajaan Pusat dan Sultan Johor - Khaled Nordin
Datuk Seri Mohamed khaled nordin menyerahkan kepada keputusan Kerajaan Pusat dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi menentukan kedudukannya sebagai Menteri Besar Johor.
Kad laporan serlah potensi Johor jadi negeri termaju
Sejak diterajui Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pertumbuhan ekonominya berkembang pesat, bukti negeri itu berada di landasan yang betul.
Ekonomi Johor dijangka terus melonjak, kata Mohamed Khaled
Ekonomi Johor dijangka terus melonjak susulan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri dalam Bajet Johor 2018.
3,000 unit rumah kuota bumiputera ditukar status ke lot antarabangsa
Kira-kira 3,000 unit rumah yang kebanyakannya rumah mewah kuota Bumiputera di negeri ini ditukar status hartanah kepada lot antarabangsa sejak akhir tahun 2013.
Johor bantu SPRM siasat kes rasuah hartanah - Khaled
Kerajaan negeri Johor akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM berhubung siasatan kes penyelewangan dalam urusan hartanah dan perumahan di negeri itu.
Johor rancang bina lapangan terbang di Mersing
Ini berikutan rancangan kerajaan negeri untuk membina sebuah lapangan terbang di daerah terbabit bagi meningkatkan jaringan hubungan di antara Mersing dengan kawasan di sekitarnya.
Laporan polis dibuat berhubung kad identiti bangsa Johor
Polis diminta menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang bertanggungjawab mewujudkan isu kad identiti Bangsa Johor.
Forest City: Tun Mahathir umpama pertikai dasar kerakyatan negara - MB Johor
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung projek pembangunan Forest City umpama mempertikai dasar kerakyatan negara ini.
Tak perlu ragu pendirian Johor walaupun selepas perlaksanaan enakmen LPHJ
Orang ramai tidak perlu ragu pendirian kerajaan negeri dalam mempertahankan raja berpelembagaan meskipun selepas enakmen LPHJ diluluskan.