awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor benarkan pelaksanaan ibadah korban

Bernama
Bernama
13/06/2022
11:00 MYT
Johor benarkan pelaksanaan ibadah korban
Penyembelihan korban boleh dilakukan di rumah penyembelihan yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) daerah masing-masing. - Gambar hiasan/ Bernama
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor membenarkan pelaksanaan ibadah korban sempena Aidiladha diadakan mengikut beberapa perkara ditetapkan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata aktiviti itu boleh dilakukan di rumah penyembelihan yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) daerah masing-masing.
"Kita turut membenarkan ia dilakukan di kawasan masjid dan surau serta kawasan yang mempunyai ruang penyembelihan khusus lengkap dengan kebenaran Pejabat Kadi Daerah dan JPV.
"Bagaimanapun, sekiranya tiada ruang kelengkapan tersebut, maka hanya aktiviti memotong daging, membungkus dan edaran sahaja yang dibenarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Fared berkata semua jemaah masjid dan surau di negeri ini dibenarkan merapatkan saf solat berjemaah, berkuat kuasa hari ini.
Beliau berkata setiap jemaah digalakkan membawa sejadah masing-masing dengan pemakaian pelitup muka masih dikekalkan dalam fasa peralihan ke endemik.
Menurutnya aktiviti pengimarahan masjid dan surau termasuk kelas pengajian takmir, kuliah subuh, kuliah dhuha dan majlis zikir adalah dibenarkan namun bersalaman antara jemaah tidak digalakkan.
"Selain itu, tiada pemeriksaan suhu badan dan had umur (ditetapkan) dengan segala aktiviti memasak dan jamuan dalam kawasan masjid dan surau serta bermalam adalah dibenarkan kecuali tidak digalakkan bagi mereka yang bergejala.
"Masjid dan surau yang mempunyai dewan serbaguna turut dibenarkan mengadakan majlis perkahwinan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Raya Korban
#Aidiladha
#Johor
#sembelih lembu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan