awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor benarkan saf solat jemaah dirapatkan mulai 1 April

Astro Awani
Astro Awani
28/03/2022
07:46 MYT
Johor benarkan saf solat jemaah dirapatkan mulai 1 April
Solat berjemaah di masjid dan surau seluruh negeri Johor boleh dilaksanakan dengan merapatkan sejadah tanpa bersentuhan antara jemaah, mulai 1 April ini. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Solat berjemaah di masjid dan surau seluruh negeri Johor boleh dilaksanakan dengan merapatkan sejadah tanpa bersentuhan antara jemaah, mulai 1 April ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, arahan itu kebenaran itu dikuat kuasa setelah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Menurut beliau, bagi memperkasakan usaha itu, setiap jemaah diminta membawa sejadah sendiri berukuran sekurang-kurangnya 3.5 kaki panjang dan dua kaki lebar.
Sementara itu, bagi mengimarahkan bulan Ramadan, solat sunat Tarawih hendaklah dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dan solat sunat Witir pula sebanyak tiga rakaat.
Manakala edaran bubur lambuk, jamuan majlis berbuka puasa, sahur dan moreh hanya dibenarkan untuk dilaksanakan secara berbungkus.
"Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor hendaklah membuat pemantauan proseduer operasi standard (SOP) masjid dan surau.
“Mana-mana masjid dan surau yang didapati melanggar SOP hendaklah ditutup. Ketetapan ini berkuat kuasa pada 29 Syaaban 1443H bersamaan 1 April 2022 atau sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor,” kata Mohd Fared.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pengumuman kadar fitrah 2022 di sini, pada Isnin.
Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan, kadar zakat fitrah bagi umat Islam di negeri itu dikekalkan pada dua kadar iaitu sebanyak RM7 dan RM10 seorang bagi tahun 2022.
Mohd Fared menjelaskan, pembayaran zakat berkenaan boleh dibuat menerusi tiga cara iaitu secara dalam talian, di kaunter zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor setiap daerah dan juga menerusi seramai 1,648 amil yang dilantik.
Topic Berkaitan
#saf solat jemaah
#rapat saf solat jemaah
#Johor
#Mohd Fared Mohd Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan