awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua masyarakat, ketua kaum perlu laksana tanggungjawab dengan amanah - Tiong
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor beri perhatian projek sedia ada di CIQ BSI dan KSAB

Bernama
Bernama
19/10/2023
13:43 MYT
Johor beri perhatian projek sedia ada di CIQ BSI dan KSAB
Onn Hafiz berkata jumlah pengguna di KSAB misalnya, semakin bertambah dengan purata 10,000 orang sehari. - Gambar FB Onn Hafiz
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor akan terus memberikan perhatian kepada beberapa projek sedia ada di kedua-dua Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI).
Menerusi satu hantaran di Facebook, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata jumlah pengguna di KSAB misalnya, semakin bertambah dengan purata 10,000 orang sehari.
"Di BSI antara projek yang perlu diberi perhatian ialah kerja-kerja pemasangan bumbung di laluan motor masuk (MBike) yang dijangka siap awal Disember ini, selain pemasangan kipas di ruang Bas Jati B, pemasangan susur tangan di Bay SBST, ubah suai dewan penumpang serta penambahan 36 unit e-gate dan 44 MBike.
"Di KSAB pula melibatkan ruang penyelia Jabatan Imigresen Malaysia, laluan kontra kereta keluar Malaysia, projek balai polis, Pos A (Pos Utama), penggantian dan penambahan papan tanda elektronik (VMAS), projek tambahan 33 MBike dan penggabungan, naik taraf dan pembinaan baharu dewan," katanya dalam hantaran itu hari ini.
Menurut Onn Hafiz segala usaha (projek sedia ada) itu diharap mampu meningkatkan imej pintu masuk sempadan negara sekali gus memberi manfaat rakyat di negeri ini secara keseluruhan.
"Syukur Alhamdulilah, saya suka kongsikan bahawa 'dry run' untuk laluan kontra BSI yang dilaksanakan tempoh hari berjalan dengan baik dan lancar, sekali gus memberi impak yang baik dalam melancarkan pergerakan masuk dan keluar Johor," katanya.
Terdahulu, Onn Hafiz dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh menghadiri Mesyuarat Taskforce Pembangunan dan Projek Sedia Ada BSI dan KSAB.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Imigresen
#KSAB
#laluan kontra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan