Johor catat kes harian tertinggi jadi tumpuan kenyataan media KKM hari ini

Hilmi Malik
Januari 27, 2021 11:16 MYT
Kesemua tujuh kes kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam dalam negara melibatkan negeri Selangor, Perak, Sarawak dan Sabah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Negeri Johor mencatat pertambahan kes harian COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 1,069 kes hari ini jadi tumpuan dalam kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.
Berikut rumusan perkembangan mutakhir pandemik COVID-19 di Malaysia dalam tempoh 24 jam:
1. Sebanyak 3,680 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 191,114 kes.
2. Tujuh kes kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat COVID-19 ialah 707.
3. Kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 kini mencecah 42,389 kes.
4. Sebanyak 314 pesakit sedang dirawat di ICU, 122 kes memerlukan bantuan pernafasan.
5. Kementerian Kesihatan Malaysia kenal pasti 17 kluster baharu.
BACA: COVID-19: 3,680 jangkitan baharu, tujuh kematian, Johor rekod 1,069 kes
#Dr Noor Hisham Abdullah #ICU #KKM #COVID-19 #koronavirus #kesihatan