MALAYSIA
Johor catat RM10.6 bilion pelaburan diluluskan bagi suku pertama 2023

Pencapaian itu amat membanggakan seluruh Bangsa Johor dengan peningkatan tiga kali ganda berbanding suku pertama tahun lepas berjumlah RM3.2 bilion bagi jumlah pelaburan yang diluluskan. -Facebook Onn Hafiz Ghazi
JOHOR BAHRU: Johor berjaya mencatatkan jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM10.6 bilion untuk suku pertama tahun ini, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Mengumumkan perkara itu, beliau berkata pencapaian itu amat membanggakan seluruh Bangsa Johor dengan peningkatan tiga kali ganda berbanding suku pertama tahun lepas berjumlah RM3.2 bilion bagi jumlah pelaburan yang diluluskan.
"Insya-Allah, kerajaan negeri yakin Johor berada di landasan yang tepat untuk mengulangi pencapaian tahun 2022 iaitu menjadi negeri yang mencatatkan nilai pelaburan tertinggi negara berjumlah RM70.6 bilion.
"Keyakinan para pelabur memilih Johor sebagai destinasi pilihan mereka akan membolehkan hasrat kita untuk menjadikan negeri Johor sebuah negeri maju menjelang tahun 2030 akan tercapai. Insya-Allah," katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya, lewat petang semalam.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami