awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor dapatkan kepakaran UTHM bantu atasi banjir termenung - MB

Bernama
Bernama
27/10/2021
00:14 MYT
Johor dapatkan kepakaran UTHM bantu atasi banjir termenung - MB
Hasni berkata, dalam usaha mengatasi masalah banjir, UTHM dilantik bagi membantu dan menyediakan kepakaran termasuk penyelidikan serta mencari punca ia berlaku. - Gambar fail/BERNAMA
BATU PAHAT: Kerajaan Johor akan mendapatkan khidmat kepakaran daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi mengatasi masalah 'banjir termenung' yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini termasuk di daerah ini.
Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata menggunakan kepakaran yang dimiliki UTHM merupakan hasrat kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah fenomena alam itu.
Beliau berkata usaha terbabit diharapkan mampu menjadi kerjasama terkini antara kerajaan negeri dan UTHM dalam meluaskan bidang penyelidikan oleh pusat pengajian tinggi di negeri ini.
"Dalam hal mengatasi masalah banjir ini, kita akan lantik UTHM bagi membantu dan menyediakan kepakaran termasuk penyelidikan serta mencari punca banjir berkenaan berlaku.
"Kerjasama ini turut melibatkan kepakaran dalam bidang logistik dan pengangkutan. Dalam masa sama kita (kerajaan negeri) akan menyediakan peruntukan tertentu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Mahasiswa UTHM yang turut dihadiri Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di sini semalam.
Hasni berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan UTHM untuk membangunkan daerah itu dalam pelbagai bidang termasuk aeronautik.
"Pihak UTHM juga ada mencadangkan untuk membangunkan bidang aeronautik di kawasan lapangan terbang Tanjung Laboh di Batu Pahat bagi pesawat latihan untuk program pengajian yang terdapat di UTHM.
"Pada masa sama, bidang pembuatan yang berkaitan aeronautik juga dilihat satu usaha UTHM yang akan dapat memberi peluang dari segi bentuk penyelidikan serta peluang pekerjaan kepada penduduk setempat," katanya sambil menambah kesemua kerjasama dengan UTHM itu termasuk dalam Belanjawan Johor 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir johor
#UTHM
#Hasni Mohammad
#banjir termenung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan