MALAYSIA
Johor isytihar dua variasi baharu zapin
Raven Kumar (kanan) menyampaikan sijil kepada penggiat zapin Salimi Mohd Shah (tengah) sebagai penghargaan dalam usahanya mempertahankan tarian zapin pada Majlis Pengisytiharan Variasi Baharu Zapin Johor 2025, hari ini. - Gambar Bernama
MUAR: Kerajaan Johor menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ) mengisytiharkan dua variasi baharu zapin sebagai usaha pemeliharaan, pengembangan dan pewarisan seni budaya di negeri ini, sekali gus dapat memperkayakan khazanah zapin Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya negeri K. Raven Kumar berkata dua variasi baharu zapin itu ialah Zapin Ginjat yang aktif dimainkan di Parit Tengah Air Hitam, Muar dan Zapin Tanjung Selabu yang berasal dari Kampung Tanjung Selabu, Bukit Pasir, juga di daerah ini.
Beliau berkata pengisytiharan variasi baharu zapin itu dibuat selepas kali terakhir dilakukan 15 tahun lepas dengan mengiktiraf Zapin Selat Panjang dari Kluang.
"Zapin Ginjat dikenali dengan langkah cepat, agresif serta dimainkan oleh lelaki secara berpasangan dengan gerakannya terkinjat-kinjat di hujung kaki serta diiringi pukulan marwas yang kuat juga pola khas.
"Adiguru zapin ini adalah Allahyarham Suhairi Adam yang juga dikenali sebagai Wak Turiman. Ragam langkah yang dikaitkan dengannya adalah Langkah 1 hingga 4; Langkah Lenggang; Langkah 6 serta Kopak dan Wainab," katanya ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Variasi Baharu Zapin Johor 2025 di Hab Pendidikan Pagoh, di sini hari ini.
Raven Kumar berkata Zapin Tanjung Selabu dikembangkan oleh Kumpulan Sinar Harapan dan mempunyai 10 jenis langkah, antaranya Langkah Asas, Silang Gunting, Wajik (Pendek, Panjang dan Sekerat), Anak Ayam, Anak Ikan serta Jus Satu, Dua dan Tiga.
Beliau berkata kedua-dua variasi berkenaan telah melalui proses kajian, dokumentasi dan pengesahan oleh pakar warisan, penggiat zapin serta pihak berautoriti sebelum diangkat secara rasmi sebagai variasi baharu Zapin Johor.
"YWJ juga percaya dengan pengiktirafan ini ia bukan sahaja memperkukuh kedudukan zapin sebagai tradisi unggul Johor malah membuka ruang untuk penyelidikan, persembahan serta pengajian tari dalam kalangan masyarakat dan juga institusi pendidikan sekali gus menjadikannya terus relevan di persada tempatan dan antarabangsa," katanya.
Raven Kumar berkata sehubungan itu sebagai kesinambungan kepada usaha pemeliharan dan pewarisan seni budaya, YWJ turut menganjurkan pertandingan zapin di peringkat daerah yang mampu melahirkan ramai golongan pelapis.
Beliau berkata usaha itu juga bertujuan mempelbagaikan promosi Johor sebagai persediaan menyambut Tahun Melawat Johor 2026 dengan sebelum ini Johor telah mengiktiraf Zapin Tanjung Laboh (Batu Pahat), Zapin Tenglu (Mersing) dan Zapin Sri Bunian (Kota Tinggi).
--BERNAMA