JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan mengkaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu yang ditetapkan sebelum ini pada hari Jumaat dan Sabtu.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan setelah pihaknya mendapat kaedah yang tuntas.
"(Kita) mendengar keluhan rakyat mengenai cuti hujung minggu yang berbeza untuk pihak kerajaan dan pihak swasta, (oleh itu) kerajaan negeri akan mengkaji semula perkara ini agar ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama.
"Perkara ini akan saya umumkan kelak setelah mendapat kaedah paling tuntas untuk menyelesaikannya," katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Menteri Besar Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (PERSADA) di sini hari ini.
Majlis amanat itu yang dihadiri lebih 1,600 penjawat awam negeri dan Persekutuan itu, turut disiarkan secara langsung di Facebook rasmi beliau.
Cuti minggu negeri Johor berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 susulan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menitahkan pertukaran cuti itu kepada hari Jumaat dan Sabtu.
Sementara itu Onn Hafiz dalam amanatnya turut memberikan penekanan mengenai aspek keselamatan bagi memastikan Johor sentiasa selamat untuk didiami dan dikunjungi serta akan meningkatkan kawalan keselamatan dengan menyediakan Van Polis Bergerak dan Two Wheels Balancing Scooter, terutamanya di kawasan- kawasan tumpuan pelancong.
Katanya semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan memperkukuhkan Program Bandar Selamat dengan menambah bilangan kamera litar tertutup (CCTV) di pusat bandar dan tempat-tempat tumpuan pelancong, serta menambah baik sistem pencahayaan di kawasan-kawasan 'panas' jenayah kerap berlaku, premis-premis perniagaan dan kawasan rekreasi.
Beliau berkata Skim Rondaan Sukarela (SRS) juga akan diperkasa dan peruntukan akan disediakan bagi latihan serta perolehan peralatan asas rondaan kepada 450 SRS aktif di seluruh Johor, untuk tempoh lima tahun akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 14 2022
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan setelah pihaknya mendapat kaedah yang tuntas. - Gambar fail
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan ulang tahun keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Pusat pemeriksaan: Trafik dijangkakan sesak mulai 31 Ogos menjelang cuti sekolah
Trafik dijangkakan sesak di kedua-dua pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas dalam tempoh 31 Ogos hingga 11 Sept 2023.
Ringgit terus susut berbanding dolar AS menjelang musim cuti hujung tahun
Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.4225/4260 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4215/4255 pada Khamis.
Gabung mohon cuti mingguan pada Jumaat, Sabtu dikekalkan di Johor
Katanya, cuti mingguan pada Jumaat dan Sabtu turut melambangkan penghormatan buat hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.
Sultan Johor tidak akan tergesa-gesa buat keputusan cuti hujung minggu
Titahnya, isu itu tidak perlu dipolitikkan dan tumpuan seharusnya diberikan kepada pembangunan ekonomi dan kepentingan rakyat.
Penyelarasan cuti hujung minggu negeri, dapatan kajian akan dipersembahkan kepada Sultan Johor - MB
Perbezaan cuti hujung minggu antara ibu bapa dan anak-anak menyebabkan mereka sukar untuk meluangkan masa bersama.
Penyelarasan cuti hujung minggu di Johor masih dalam kajian - MB
Kerajaan Negeri Johor masih mengkaji penyelarasan semula cuti hujung minggu yang ketika ini ditetapkan pada Jumaat dan Sabtu.
Adun PH, MUDA sokong usaha Johor kaji semula cuti hujung minggu
ADUN PH dan MUDA di Johor menyokong penuh usaha kerajaan negeri untuk mengkaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu.
Johor kaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu - MB
Kerajaan negeri akan mengkaji semula pelaksanaan cuti hujung minggu yang ditetapkan sebelum ini pada hari Jumaat dan Sabtu.
Bursa Malaysia dibuka rendah awal pagi ini, sentimen berhati-hati
Peserta pasaran mungkin mengurangkan aktiviti urus niaga masing-masing sebelum cuti hujung minggu yang panjang bermula.
Mustapa: Syarikat di Johor akan buat penyesuaian bila cuti hujung minggu diubah
Datuk Seri Mustapa Mohamed percaya syarikat-syarikat di Johor akan buat penyesuaian sewajarnya bila cuti hujung minggu di ubah tahun depan.