MALAYSIA
Johor kekal teraju destinasi pelaburan negara, catat RM56 bilion pada separuh pertama 2025
Lee berkata pencapaian itu bukan sekadar angka bahkan mencerminkan keyakinan pelabur antarabangsa dan domestik terhadap kekuatan asas ekonomi Johor. - Gambar Facebook Lee Ting Han
JOHOR BAHRU: Johor terus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju destinasi pelaburan negara dengan merekodkan RM56 bilion nilai pelaburan diluluskan bagi tempoh separuh pertama 2025.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri Lee Ting Han berkata pencapaian itu sekali gus mengekalkan momentum cemerlang negeri itu selepas mencatatkan prestasi pelaburan tertinggi bagi suku pertama tahun ini sebanyak RM30.1 bilion.
Beliau berkata pencapaian itu bukan sekadar angka bahkan mencerminkan keyakinan pelabur antarabangsa dan domestik terhadap kekuatan asas ekonomi Johor.
"Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, turut mengiktiraf prestasi Johor dengan menyatakan prestasi Johor amat memberangsangkan, mendahului pada suku pertama 2025 sebanyak RM30.1 bilion dan pada separuh pertama 2025 (RM56.0 bilion).
"Ini mencerminkan asas ekonomi negeri yang semakin kukuh, didorong oleh inisiatif seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), salah satu kelebihan Malaysia sebagai hab pembuatan dan perkhidmatan strategik dalam rantau ASEAN," katanya.
Lee berkata ini secara tidak langsung juga membuktikan keberkesanan pelbagai inisiatif strategik dan projek negeri terutamanya JS-SEZ yang kini menjadi pemacu utama integrasi ekonomi serantau dan menarik pelaburan bernilai tinggi dalam sektor pembuatan, perkhidmatan serta teknologi.
Beliau berkata fasilitasi pelaburan proaktif menerusi 'Invest Malaysia Facilitation Centre' (IMFC) Johor yang memendekkan masa proses kelulusan dan memastikan pelaburan dapat dilaksanakan segera juga menunjukkan kejayaan pelbagai strategi serta projek yang dilaksanakan.
Menurutnya, pelaburan ini bukan sahaja akan dapat menambah kapasiti ekonomi, malah mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi untuk anak Johor.
Selain itu, katanya, ia juga dapat meningkatkan rantaian nilai tempatan dan memberi peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem industri global serta memacu transformasi teknologi, seiring dengan aspirasi Johor menjadi hab digital dan industri maju di rantau ini.
"Justeru, kita akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan persekutuan, agensi pelaburan serta rakan industri untuk memastikan setiap pelaburan direalisasikan dan memberi impak nyata kepada rakyat.
"Pada masa yang sama, mengimbangi pertumbuhan ekonomi dengan kelestarian, selaras dengan agenda Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR) dan komitmen prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG)," kata Lee.
-- BERNAMA