awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor kenal pasti tapak bangunkan perumahan generasi kedua Felda - Hasni

Bernama
Bernama
04/03/2022
12:40 MYT
Johor kenal pasti tapak bangunkan perumahan generasi kedua Felda - Hasni
Hasni berkata ia akan dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor di lokasi yang mempunyai kemudahan infrastruktur lengkap dan membangun. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor telah mengenal pasti tapak yang bersesuaian untuk membina kediaman bagi generasi kedua Felda.
Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata ia akan dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor di lokasi yang mempunyai kemudahan infrastruktur lengkap dan membangun.
"Generasi kedua Felda amat memerlukan perumahan dan antara impian Barisan Nasional (BN) adalah untuk menyediakan 3,200 lot tanah untuk mereka membina kediaman kerana Felda kedua terbesar di negara ialah di Johor.
"Saya telah kenal pasti tapak... kita tidak mahu membina perumahan di lokasi yang serba berkurangan, maka lot-lot ini disediakan beserta kemudahan infrastruktur yang perlu supaya memberi faedah kepada generasi kedua Felda," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis sempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Residensi Larkin Indah di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#Johor
#perumahan generasi kedua Felda
#Menteri Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan