awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor komited bantu wujudkan lebih banyak stesen pengecas EV

Bernama
Bernama
05/10/2023
20:15 MYT
Johor komited bantu wujudkan lebih banyak stesen pengecas EV
Majlis Perasmian Stesen Supercharger Tesla berlangsung di pusat beli belah Sunway Big Box, Iskandar Puteri, 5 Okt 2023. - Foto Facebook Lee Ting Han
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri komited untuk membantu syarikat yang mahu memperbanyakkan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk membangunkan teknologi hijau dalam menuju misi Maju Johor 2030.
Beliau berkata kerajaan negeri merakamkan ucapan terima kasih kepada syarikat Tesla kerana memilih Johor sebagai destinasi kedua stesen 'supercharger' sekali gus dapat menarik lebih ramai pengguna kenderaan Tesla ke negeri ini.
"Mengikut data syarikat berkenaan, pengguna kenderaan Tesla di Johor adalah kedua teramai di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Itu antara faktor mengapa mereka memilih untuk membuka stesen pengecas ini.
"Sehubungan itu, saya percaya usaha ini akan meningkatkan lagi kunjungan pemilik kenderaan Tesla termasuk dari Singapura untuk lebih kerap berkunjung ke negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Stesen Supercharger Tesla di pusat beli belah Sunway Big Box, di sini semalam.
Lee menambah selain Tesla, ada syarikat lain yang mengusahakan stesen pengecas EV ini termasuk Gentari yang merupakan anak syarikat Petronas dan Yinson Holdings, justeru kerajaan negeri akan membantu mana-mana syarikat yang mahu memperbanyakkan lagi stesen pengecas EV.
Turut hadir merasmikan majlis itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan Tesla akan mewujudkan stesen pengecas EV di kawasan selain Iskandar Puteri, Lee berkata perkara itu masih di peringkat cadangan.
Tambah beliau, Tesla akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) Pasir Gudang, Iskandar Puteri dan Kulai, bagi mengenal pasti kawasan yang sering dikunjungi pemilik kenderaan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kenderaan elektrik
#stesen pengecas EV
#Tesla
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan