MALAYSIA
Johor mahu pelajari kejayaan pengurusan pasar, penjaja Singapura - Exco
Mohd Jafni (tiga, kanan) mengiringi Onn Hafiz (empat, kanan) ketika lawatan kerja di Pusat Penjaja Geylang Serai, satu daripada pusat penjaja ikonik di Singapura. - Gambar/ FB Mohd Jafni Md Shukor
JOHOR BAHRU: Johor berhasrat mempelajari dan menyesuaikan model kejayaan Singapura dalam pengurusan pusat penjaja dan pasar awam secara holistik bagi meningkatkan kualiti kemudahan, kebersihan dan suasana perniagaan di negeri itu.
Ringkasan AI
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata input berkenaan diperoleh menerusi lawatan kerja bersama Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi di Pusat Penjaja Geylang Serai, satu daripada pusat penjaja ikonik di Singapura.
"Kawasan ini bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong, tetapi juga berfungsi sebagai pusat ekonomi komuniti yang rancak selain menggabungkan elemen moden, kebersihan tinggi serta kawalan kesihatan yang ketat tanpa mengabaikan nilai budaya dan warisan masyarakat tempatan," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Mohd Jafni berkata beliau melihat sendiri aspek perancangan bandar, penyediaan tapak niaga yang selesa, kawalan lesen serta pemantauan berjadual dilaksanakan dengan disiplin tinggi, menjadikan model penjaja dan pasar di Singapura begitu berjaya dan diterima masyarakat pelbagai kaum, cekap dan teratur.
Beliau berkata kawasan Geylang Serai turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan komuniti yang direka secara inklusif dan mesra pengguna, berkonsepkan "semua dalam satu tempat" yang wajar dijadikan inspirasi pembangunan pasar moden di Johor.
Mohd Jafni berkata pendekatan itu boleh disesuaikan di Johor, khususnya di kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Majlis Perbandaran Kulai, Majlis Perbandaran Pengerang dan Majlis Perbandaran Pontian yang menjadi pusat pelancongan serta tumpuan rakyat.
"Dengan penyediaan fasiliti berkualiti tinggi, kita bukan sahaja mampu menaikkan imej perniagaan kecil dan sederhana, bahkan turut menjaga kepentingan pengguna serta mencipta suasana perniagaan yang lebih selamat dan berdaya saing," katanya.
Beliau berkata antara inisiatif yang turut diperkenalkan di Singapura ialah penggunaan Baucar CDC (Majlis Pembangunan Masyarakat), satu bentuk bantuan tunai digital bernilai hingga SGD500 yang diberikan oleh kerajaan kepada semua isi rumah untuk dibelanjakan di kedai, pasar dan gerai penjaja tempatan berdaftar.
"Bantuan ini mengurangkan kos sara hidup dan pada masa sama menyokong peniaga kecil. Menariknya, baucar ini tidak boleh digunakan di pasar raya besar atau francais besar, satu langkah strategik untuk menggalakkan sokongan terhadap perniagaan tempatan," katanya.
Beliau berkata segala input yang diperoleh akan dimasukkan ke dalam rangka pelan tindakan penambahbaikan pengurusan penjaja dan pasar di bawah agenda MAJU JOHOR serta reformasi kerajaan tempatan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Johor bercadang menyesuaikan model pengurusan pusat penjaja dan pasar awam Singapura yang berjaya dan holistik, hasil lawatan kerja ke Pusat Penjaja Geylang Serai, dengan fokus kepada kebersihan, kemudahan moden, kawalan kesihatan dan nilai warisan.
- Pendekatan -semua dalam satu tempat- serta sistem kawalan lesen dan pemantauan berjadual yang cekap dan inklusif dijadikan inspirasi untuk pembangunan pasar moden di kawasan tumpuan seperti Johor Bahru, Iskandar Puteri dan Pasir Gudang.
- Johor turut meneliti inisiatif Baucar CDC Singapura sebagai bantuan tunai digital untuk sokong peniaga kecil dan kurangkan kos sara hidup, dan akan memasukkan input tersebut ke dalam pelan tindakan penambahbaikan di bawah agenda MAJU JOHOR dan reformasi kerajaan tempatan.