MALAYSIA

Johor minta KKM selesai isu kritikal kekurangan petugas di tiga hospital utama

Bernama 06/07/2025 | 05:00 MYT
Kerajaan Johor akan membawa isu kekurangan petugas kesihatan di Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ismail dan Hospital Pasir Gudang kepada perhatian Kementerian Kesihatan, - Gambar/ Bernama
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor akan membawa isu kekurangan petugas kesihatan di tiga hospital utama negeri ini ke perhatian Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu pertemuan rasmi pada Jumaat depan.


Ringkasan AI
  • Kerajaan Johor akan membawa isu kekurangan petugas kesihatan di Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ismail dan Hospital Pasir Gudang kepada perhatian Kementerian Kesihatan dalam satu pertemuan rasmi pada Jumaat depan.
  • Mesyuarat secara sidang video telah diadakan bersama pengarah hospital dan pegawai kesihatan negeri bagi menyelaras tindakan susulan, termasuk memastikan kelancaran operasi Hospital Pasir Gudang yang dijadual dibuka pada 1 Ogos dan beroperasi sepenuhnya menjelang Mac 2026.
  • Laporan menyeluruh menunjukkan kekurangan tenaga kerja menjejaskan operasi hospital dan menambah beban petugas sedia ada, mendorong desakan agar penyelesaian segera dicapai oleh pihak kementerian.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata langkah itu diambil susulan laporan menyeluruh yang diterima daripada Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Pasir Gudang, yang kesemuanya kini berdepan masalah sama iaitu kekurangan tenaga kerja yang menjejaskan operasi serta menambah beban kepada petugas sedia ada.

"Kita ambil maklum dengan serius beban yang ditanggung petugas kesihatan dan sudah tiba masanya KKM beri perhatian yang sewajarnya. Jumaat depan, kita akan bawa data lengkap dan desakan agar penyelesaian segera dapat dicapai," katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Beliau berkata mesyuarat secara sidang video turut diadakan semalam bagi menyelaras tindakan susulan melibatkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Mohtar Pungut, Pengarah HSA Dr Mohamad Nizam Subahir, Pengarah HSI Dr Zuraini Zainal dan Pengarah Hospital Pasir Gudang Dr Suhaila Abu Hassan serta beberapa pegawai kanan lain.

Ling berkata pihaknya juga akan memastikan pelaksanaan fasa operasi Hospital Pasir Gudang berjalan lancar, termasuk pembukaan pada 1 Ogos ini dan pengoperasian sepenuhnya menjelang Mac 2026.

-- BERNAMA


#hospital Pasir Gudang #HSA #hsi #KKM