awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor, MOTAC bincang hala tuju promosi Tahun Melawat Johor 2026

Bernama
Bernama
31/03/2024
21:45 MYT
Johor, MOTAC bincang hala tuju promosi Tahun Melawat Johor 2026
Onn Hafiz (kanan) berkata, perbincangan bersama Tiong (kiri) turut menjurus kepada perincian dan hala tuju dalam mempromosikan Tahun Melawat Johor 2026 dengan sasaran 12 juta pelancong. - Foto Facebook Onn Hafiz Ghazi
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengadakan perbincangan terperinci mengenai hala tuju dalam mempromosikan Tahun Melawat Johor 2026.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata sebanyak RM67.6 juta diperuntukkan bagi penambahbaikan infrastruktur dan penganjuran acara pelancongan bertaraf antarabangsa, menerusi Belanjawan Johor 2024.
Beliau berkata pelbagai usaha dan perancangan sedang giat dilaksanakan dalam merealisasikan sasaran kedatangan 12 juta pelancong domestik serta antarabangsa sempena Tahun Melawat Johor 2026, dapat dicapai.
"Semoga jalinan kerjasama di antara kerajaan negeri dan MOTAC serta agensi berkaitan dapat menjadikan Johor sebagai sebuah destinasi pelancongan utama negara. Insya-Allah," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Ahad.
Pada masa sama, Onn Hafiz turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada MOTAC kerana memilih Forest City, Gelang Patah, dekat sini sebagai lokasi penganjuran ASEAN Tourism Forum yang akan diadakan pada 19 hingga 25 Jan 2025.
"Acara berprestij yang melibatkan semua menteri pelancongan ASEAN ditambah dengan kehadiran negara China itu telah dibincangkan ketika perjumpaan dengan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing sempena lawatan kerja beliau serta pasukannya di Johor," katanya.
Turut hadir pada perjumpaan itu, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya negeri K.Raven Kumar serta Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Roslan Abdul Rahman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOTAC
#Tahun Melawat Johor 2026
#onn hafiz ghazi
#Belanjawan Johor 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan