NATIONAL
Johor pantau projek berimpak tinggi, kontraktor dipanggil jika berlaku kelewatan
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata ia termasuk memanggil kontraktor dilantik sekiranya terdapat projek yang mengalami kelewatan. - Foto Facebook Mohd Jafni Md Shukor
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor membuat pemantauan bagi memastikan projek pembangunan berimpak tinggi termasuk usaha mengatasi isu banjir di kawasan berisiko berjalan mengikut perancangan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata ia termasuk memanggil kontraktor dilantik sekiranya terdapat projek yang mengalami kelewatan.
Beliau berkata kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM100 juta melibatkan lebih 10 projek pembangunan pada tahun ini, antaranya bagi persediaan Tahun Melawat Johor 2026.
"Pemantauan dilakukan setiap bulan dan maklumat akan dikemas kini kepada Pejabat Menteri Besar untuk memastikan ia dilaksanakan dengan baik.
"Kalau ada kelewatan, kita juga akan memanggil kontraktor yang terlibat," katanya pada sidang media selepas melawat projek pelebaran jalan Persiaran Abu Bakar Sultan di sini hari ini.
Mohd Jafni berkata antara projek pembangunan itu adalah menaik taraf Hutan Bandar Johor Bahru dengan peruntukan RM10.3 juta, sementara RM12 juta bagi pembangunan ekopelancongan di Kampung Sungai Melayu dan RM7.3 juta bagi pembangunan fasa dua Zoo Johor.
Beliau berkata projek bagi mengatasi isu banjir di Kampung Mohd Amin turut dijalankan melibatkan peruntukan RM9.8 juta, sementara di Jalan Dato Sulaiman pula RM7.7 juta.
"Selain itu, RM18.7 juta (projek pembangunan) pusat rekreasi Sungai Lebam di Pengerang turut dilaksanakan serta pelebaran jalan daripada empat lorong kepada enam lorong di Persiaran Abu Bakar Sultan dengan peruntukan RM9.3 juta," katanya.
Beliau berkata kebanyakan projek berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun ini.
-- BERNAMA