MALAYSIA
Johor perhebat usaha padam kebakaran tanah gambut
Kerajaan Negeri Johor turut mengemukakan permohonan rasmi kepada NADMA bagi pelaksanaan operasi pembenihan awan sebagai langkah tambahan meningkatkan kelembapan di kawasan terjejas. - Facebook Onn Hafiz Ghazi
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor memandang serius kejadian kebakaran tanah gambut yang berlaku di beberapa lokasi di negeri ini susulan cuaca panas dan kering berpanjangan tanpa hujan melebihi 25 hari.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata setakat ini tiga kawasan utama dikenal pasti terjejas iaitu Bakri Batu 13 dan 14 di Muar, Bio-Desaru di Tanjung Balau serta Sungai Linau, Simpang Renggam.
Menurut beliau, kesemua lokasi berkenaan berada dalam keadaan terkawal namun belum dipadam sepenuhnya, sekali gus memerlukan operasi pemadaman dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.
“Operasi pemadaman kebakaran ini dilaksanakan selama 24 jam tanpa henti melibatkan lebih 300 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta beberapa agensi kerajaan negeri dan persekutuan,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi akaun Facebooknya pada Rabu.
Onn Hafiz berkata, bagi memastikan usaha pemadaman lebih berkesan, Kerajaan Negeri telah mengarahkan pelaksanaan kaedah total flooding, pembinaan firebreak (penghalang api), serta penggunaan pam bertekanan tinggi secara agresif bagi mengelakkan perebakan api bawah tanah.
“Tambahan bekalan air turut digerakkan segera termasuk pengepaman berterusan dari sumber berhampiran ke sistem parit ladang dan tangki simpanan bagi menyokong operasi pemadaman di kawasan terjejas,” katanya lagi.
Menurut kenyataan itu juga, sistem pam perparitan telah diaktifkan sepenuhnya bagi mengurangkan kebergantungan kepada penghantaran air secara ulang-alik, manakala pembinaan firebreak dipercepatkan sebagai langkah kawalan.
Dalam usaha menyelaras tindakan semua agensi terlibat, beliau berkata Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) telah diarahkan mempengerusikan Mesyuarat Taskforce Khas Kebakaran Negeri Johor bersama Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.
“Mesyuarat ini bertujuan memperkemas keperluan logistik, mempercepatkan mobilisasi aset serta memastikan pemantauan operasi dijalankan secara bersepadu dan berterusan sehingga situasi pulih sepenuhnya,” jelasnya.
Pada masa sama, Kerajaan Negeri turut mengemukakan permohonan rasmi kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi pelaksanaan operasi pembenihan awan sebagai langkah tambahan meningkatkan kelembapan di kawasan terjejas.
"Syukur Alhamdulillah, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terlibat masih berada pada tahap terkawal. Namun, Kerajaan Negeri terus memantau aspek kesihatan awam. Penduduk dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar sekiranya terdapat asap tebal serta mendapatkan rawatan segera jika mengalami masalah pernafasan.
"Dari segi bekalan air negeri, walaupun cuaca panas dan kering berpanjangan, paras takungan empangan dan kolam tadahan utama negeri masih berada pada tahap terkawal dan mencukupi untuk kegunaan domestik serta keperluan harian. Pemantauan menunjukkan sebahagian besar empangan bekalan air Johor berada pada paras selamat," katanya.
Mengulas mengenai keadaan semasa, beliau berkata, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terlibat masih berada pada tahap terkawal, namun penduduk dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar sekiranya terdapat asap tebal.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka sepanjang tempoh cuaca kering ini dan menegaskan tindakan tegas boleh diambil di bawah undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebabkan kebakaran.
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini