awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor peruntuk RM150 juta lebar dan naik taraf jalan

Bernama
Bernama
16/11/2014
09:26 MYT
Johor peruntuk RM150 juta lebar dan naik taraf jalan
Kerja naik taraf akan bermula Februari 2012 hingga Januari tahun depan, kata Ir Hasni Mohammad.
Sebanyak RM150 juta diperuntukkan kerajaan Johor bagi melaksanakan kerja menaik taraf dan melebarkan jalan-jalan kampung melalui Infra Desa Johor (IDJ) bermula Februari 2012 hingga Januari tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ir Hasni Mohammad.
"Dari tahun 2010 sehingga 2011, IDJ tiada melaksanakan kerja-kerja pelebaran dan menaik taraf jalan kerana skop kerja sedia ada adalah untuk menyelenggara sahaja," katanya ketika menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PAS-Parit Yaani) pada Mesyuarat Kedua (Bajet 2015) bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke-13 di sini pada Sabtu.
Katanya, sehingga September lalu kemajuan kerja yang telah dilaksanakan adalah RM143 juta iaitu 95 peratus dibelanjakan melibatkan panjang inventori 1,100 kilometer.
"Dijangkakan sehingga Januari 2015, IDJ akan dapat menyiapkan kerja-kerja baik pulih dan menaik taraf sebanyak 1,121 kilometer.
"Daripada 1,121 kilometer ini, kerja-kerja pelebaran adalah sebanyak 514.11 kilometer iaitu 46 peratus daripada keseluruhan jalan yang dinaik taraf," katanya.
Menjawab soalan Mohammad Taslim (PAS-Maharani) beliau berkata, kerja-kerja penurapan jalan di Dewan Undangan Negeri Maharani menggunakan peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) iaitu 11 batang jalan pada 2012, 12 batang jalan pada 2013 dan sembilan batang jalan (2014).
"Jalan Kampung Parit Samsu termasuk dalam senarai kerja-kerja telah dilaksanakan pada 2012 dan 2013. Jalan Kampung Parit Samsu ini telah beberapa kali dibaik pulih menerusi peruntukan Marris.
"Menurut rekod sejak 2012, jalan ini telah dibaik pulih sebanyak dua kali tetapi masih mengalami kerosakan sama dan berulang. Berdasarkan penyiasatan tapak secara visual...struktur tebing yang lemah menjadi punca utama kerosakan berlaku," katanya.
Topic Berkaitan
#IDJ
#Infra Desa Johor
#Ir Hasni Mohammad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan