MALAYSIA
Johor peruntuk RM2 juta, sasar dua sungai tercemar pulih menjelang 2027
Ling Tian Soon (tengah) sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2025 Peringkat Johor di Johor Bahru hari ini. - Bernama
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor memperuntukkan RM2 juta kepada usaha menambah baik kualiti air, sekali gus memulihkan Sungai Buluh dan Sungai Tukang Batu di sini yang merupakan antara sembilan sungai tercemar di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata dua sungai itu disasarkan dapat dikeluarkan daripada kategori tercemar dalam tempoh dua tahun menerusi usaha bersama-sama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor.
Penambahbaikan itu antaranya merangkumi kerja penggalian dasar sungai, pembinaan stesen auto-dosing Effective Microorganisms (EM), pembekalan EM bagi rawatan meningkatkan kualiti air serta inisiatif Rangka Kerja Bandar Karbon Rendah (LCCF) bersama pihak industri.
"Projek berkenaan bermula sejak September lepas dan dijangka siap Disember dengan status pelaksanaan mencapai 70 peratus setakat ini.
"Dua sungai ini akan menjadi permulaan (usaha meningkatkan kualiti air). Jika berjaya, kita akan cuba bawa inisiatif ini ke sungai lain," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2025 Peringkat Johor di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah JAS Johor Dr Mohd Famey Yusoff dan Datuk Bandar MBPG Datin Paduka Hazlina Jalil.
Selain usaha itu, Ling berkata kadar pelepasan karbon oleh pihak industri turut dipantau MBPG menerusi penilaian tenaga elektrik, penggunaan dan penjagaan air sisa serta penghijauan kawasan industri.
"Pemantauan kualiti air dan udara secara masa nyata akan dilaksanakan bagi mengawasi kualiti air sungai dan udara dalam kawasan pentadbirannya," katanya.
Ling berkata beberapa lokasi strategik termasuk kawasan aduan pencemaran, titik panas dan lokasi yang berisiko tinggi serta sensitif terhadap pencemaran juga telah dikenal pasti.
Beliau berkata JAS akan turut memastikan pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan di lokasi terlibat, termasuk memastikan pelepasan air sisa industri ke dalam sistem perparitan berdasarkan syarat ditetapkan.
Justeru, beliau menegaskan kerajaan negeri komited memulihkan kualiti air di semua sembilan sungai terlibat dan menyeru semua pihak untuk bekerjasama memelihara dan memulihara alam sekitar.
-- BERNAMA