MALAYSIA
Johor pilihan NVIDIA Cloud Partners, bukti keyakinan dunia terhadap ekosistem digital negeri - MB Johor
Onn Hafiz (dua, kanan) berkata projek mega itu menobatkan Johor sebagai ASEAN AI Centre of Excellence, sekali gus membuktikan Johor mampu memimpin anjakan teknologi serantau dengan visi jelas serta strategi mampan. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Johor mencatat pencapaian bersejarah apabila syarIkat gergasi teknologi dunia, NVIDIA bersama YTL Corporation, memilih negeri ini sebagai salah satu daripada hanya lima NVIDIA Cloud Partners di peringkat global.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pemilihan itu disifatkan sebagai pengiktirafan besar yang membuktikan keyakinan dunia terhadap kekuatan ekosistem digital Johor serta potensinya untuk muncul sebagai peneraju utama transformasi digital di rantau ASEAN.
"Kerangka Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) yang menggabungkan kekuatan Johor dan Singapura turut menjadikan negeri ini pintu masuk strategik ekosistem digital dan kecerdasan buatan (AI) serantau.
"Kerjasama YTL Power-NVIDIA bernilai RM20.6 bilion, diumumkan pada Disember lepas di Kulai telah meletakkan asas kepada pembangunan infrastruktur AI paling canggih di Malaysia," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Onn Hafiz berkata projek mega itu bukan sahaja akan melahirkan Large Language Model (LLM) pertama negara dan membuka ribuan peluang pekerjaan berteknologi tinggi, malah menobatkan Johor sebagai ASEAN AI Centre of Excellence, sekali gus membuktikan Johor mampu memimpin anjakan teknologi serantau dengan visi jelas serta strategi mampan.
"Kerajaan negeri optimis bahawa kerjasama ini akan terus diperkukuh menerusi pembangunan model AI pelbagai bahasa, penubuhan testbed bersama dalam JS-SEZ serta penyediaan saluran bakat AI untuk menyokong pertumbuhan ekonomi digital di seluruh rantau.
"Langkah strategik berkenaan dijangka menjadi pemacu penting dalam usaha Johor muncul sebagai hab kecerdasan buatan dan digital terkemuka ASEAN," katanya.
-- BERNAMA