awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor rekod kematian baharu COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
24/12/2023
22:20 MYT
Johor rekod kematian baharu COVID-19
Johor merekodkan satu kematian baharu COVID-19 pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51/2023). - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Johor merekodkan satu kematian baharu COVID-19 pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51/2023).
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon, selain kematian tersebut, terdapat tiga lagi pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sementara 123 pesakit sedang menjalani rawatan di hospital negeri itu.
Beliau berkata, laporan perkembangan COVID-19 di negeri Johor sejak beberapa bulan lalu menunjukkan peningkatan mendadak.
"Kerajaan Johor dan Jabatan Kesihatan Negeri akan terus memantau perkembangan jangkitan COVID-19 bagi memastikan langkah pencegahan dan kawalan dilaksanakan secara berterusan."
"Secara kumulatif, Johor Baru mencatatkan jumlah kes COVID-19 tertinggi sehingga minggu ke-51 iaitu sebanyak 2,431 kes, diikuti Kulai (885) dan Batu Pahat (812).
“Sehingga Sabtu lalu (minggu ke-51), terdapat sejumlah 404,309 kes COVID-19 dilaporkan di Johor, dengan 401,216 kes adalah jangkitan tempatan. Baki 3,093 adalah kes import. Kadar kejadian Covid-19 harian untuk minggu ke-51 ialah 8.44 bagi setiap 100,000 penduduk," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Tian Soon menegaskan, kerajaan Johor memandang serius situasi semasa COVID-19 dan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada sepanjang musim cuti perayaan yang panjang.
“Orang ramai digalakkan untuk terus mengamalkan langkah berjaga-jaga kesihatan seperti memakai topeng muka dan mengelakkan 3C: tempat sesak, ruang terkurung dan perbualan rapat.
“Individu yang belum menerima dos penggalak COVID-19 mereka dinasihatkan untuk mendaftar dan mendapatkan vaksin dengan segera bagi melindungi diri dan keluarga mereka,” tambah beliau lagi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Johor rekod kematian baharu
#Minggu Epidemiologi
#jangkitan COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan