awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030

Bernama
Bernama
12/02/2025
12:38 MYT
Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030
Setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV. - Gambar hiasan/ Michael Fousert
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor menyasarkan untuk mewujudkan 1,245 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh negeri itu menjelang 2030 berbanding 377 stesen pada masa ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor Ling Tian Soon berkata bagi mencapai sasaran itu, kerajaan negeri juga menetapkan dasar bahawa setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.
Katanya garis panduan dan sasaran itu ditetapkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Hijau Negeri Johor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Jumaat lepas.
Selain itu, katanya jawatankuasa berkenaan juga menetapkan dasar pengangkutan untuk meningkatkan pendaftaran EV di negeri ini kepada 15,840 unit menjelang 2030 berbanding 977 unit ketika ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Bersama Anak Yatim dan Golongan Kurang Bernasib Baik di sini hari ini.
Ling berkata penambahan jumlah stesen pengecas EV juga akan menarik lebih ramai pengguna EV dari Singapura berikutan keputusan negara pulau berkenaan untuk beralih kepada kenderaan yang menggunakan tenaga bersih menjelang 2030.
Lebih 150 kanak-kanak dari rumah anak yatim dan pusat kebajikan sekitar Johor Bahru diraikan pada majlis berkenaan yang dianjurkan oleh Paragon Globe Berhad dan Grand Paragon Hotel Johor Bahru.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#stesen pengecas
#kenderaan elektrik
#EV
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan