ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor menyasarkan seramai lapan juta pelancong dari dalam dan luar negara bakal berkunjung ke negeri itu sepanjang tahun 2023.
Menurut Exco Pelancongan, Alam Sekitar Johor, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K Raven Kumar yakin sasaran itu berjaya dicapai berikutan pembukaan semula industri pelancongan di seluruh dunia ketika ini.
“Kita yakin pada 2023 akan dapat kunjungan daripada lapan juta pelancong walaupun pada awalnya kita sasarkan lima juta.
“Jika sasaran itu tidak berjaya dicapai, sekurang-kurangnya kita dah berjaya capai sasaran awal lima juta.
"Lagi pun ketika ini, banyak negara seperti China, India, negara Arab termasuk negara-negara di Asia Tenggara sudah mula ‘menggerakkan’ semula industri pelancongan masing-masing," katanya.
Terdahulu, Raven Kumar turut menyempurnakan perasmian Majlis Aspresiasi Pelancongan Negeri Johor 2023 serta melancarkan Kalendar Pelancongan dan Pelan Strategik Pelancongan Johor 2022 - 2027 di Hotel Fraser Place, Puteri Harbour di sini pada Isnin.
Hadir sama, Ketua Perunding, Pelan Perancangan Strategik Pelancongan Johor 2023-2027, Prof Madya Sr Ts Dr Noorsidi Aizuddin Mat Noor.
Beliau berkata, pihaknya akan memberi tumpuan terhadap produk pelancongan yang 'unik' untuk menarik kehadiran pelancong.
"Misalnya di Johor kita ada Legoland, taman tema di Desaru selain alam semulajadi di Tanjung Piai, Gunung Ledang.
"Kita juga bakal membuka Muzium Diraja Johor pada suku kedua tahun ini dan sedang menunggu perkenan daripada Sultan Johor bagi berbuat demikian,” katanya.
Tambah Raven Kumar, sasaran lapan juta pelancong itu mampu direalisasikan berikutan adanya pelbagai kemudahan untuk memasuki negara ini.
“Kita ada banyak pintu masuk dan pelbagai kemudahan lain seperti feri, kapal terbang. Ini dilihat mampu menarik kunjungan pelancong terutamanya dari sekitar Asia Tenggara,” katanya.
Sementara itu, Raven Kumar berkata, walaupun dalam usaha merancakkan kembali industri pelancongan, pihaknya turut menitikberatkan aspek-aspek keselamatan, terutamanya melibatkan kawasan-kawasan pelancongan di tanah tinggi.
“Sudah tentu kita akan berikan perhatian serius berhubung perkara ini.
"Kita bukan sekadar buka dan biarkan pusat-pusat pelancongan ini beroperasi,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 16 2023
Raven Kumar (tengah) pada majlis Majlis Aspresiasi Pelancongan Negeri Johor 2023 pada Isnin. - Foto Sinar Harian
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pengusaha kraf Johor perlu kreatif pasar produk dalam talian - Exco
Pengusaha mempunyai peluang untuk memajukan perniagaan mereka menerusi pembelian dalam talian yang kini menjadi pilihan ramai seiring teknologi.
Penstrukturan semula Exco Johor tidak jejas segala perancangan termasuk belanjawan
Penstrukturan semula portfolio Exco negeri Johor tidak akan menjejaskan segala perancangan termasuk yang telah dibentang dalam Belanjawan 2024.
Johor seru lebih banyak syarikat terap ESG, cegah pencemaran
Syarikat perlu main peranan, memandangkan pelbagai usaha dan inisiatif kerajaan melibatkan perbelanjaan, bagi menjaga kelestarian alam.
Johor hasrat buka pusat proses visa China
K Raven Kumar berkata, pihaknya kini sedang berbincang dengan pihak kedutaan China berkenaan usaha itu.
Johor cadang tarik lebih banyak penerbangan antarabangsa tingkat potensi pelancongan
Terminal tambahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga sudah siap sedia menerima tambahan pelancong domestik dan antarabangsa.
Johor sasar lapan juta pelancong tahun ini
K Raven Kumar yakin sasaran itu berjaya dicapai berikutan pembukaan semula industri pelancongan di seluruh dunia ketika ini.
Johor sasar lima juta pelancong asing tahun depan
Sektor pelancongan Johor dijangka terus berkembang dengan sasaran lima juta pelancong asing berkunjung ke negeri itu tahun depan.
Johor rancang perkenal majlis rumah terbuka Bangsa Johor
Penganjuran itu dilihat dapat menjadikan masyarakat berasa lebih dekat dengan aset di bawah YWJ termasuk muzium.
JAS Johor siasat buih putih di Sungai Skudai, tidak jejas LRA
Pencemaran buih putih yang dikesan di Sungai Skudai tidak menjejaskan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Ismail.
Pemuda MIC tegas tidak benarkan sekolah vernakular dimansuh
Pergerakan Pemuda MIC menegaskan tidak akan membenarkan mana-mana pihak untuk memansuhkan sekolah vernakular khususnya Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil di negara ini.