awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mitsubishi Xforce rasmi dibuka untuk tempahan, harga bermula RM110,000
Spotify tambah jualan buku fizikal, lancar ciri penyelarasan Page Match
Penjual lembu didakwa bunuh guru perempuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor sasar raih RM42 bilion sempena Tahun Melawat Johor 2026

Bernama
Bernama
21/05/2025
08:17 MYT
Johor sasar raih RM42 bilion sempena Tahun Melawat Johor 2026
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata sasaran berkenaan dibuat berdasarkan sasaran 12 juta pelancong sepanjang tahun depan. - Bernama
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri menyasarkan kutipan hasil secara langsung dan tidak langsung berjumlah RM42 bilion sempena Tahun Melawat Johor 2026.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata sasaran berkenaan dibuat berdasarkan sasaran 12 juta pelancong sepanjang tahun depan.
"Data rasmi Tourism Malaysia menunjukkan perbelanjaan purata per kapita pelancong ialah RM3,500.
"Ini bermakna pada tahun depan, kalau kita capai sasaran ini (12 juta pelancong), hasil secara langsung dan secara tidak langsung berjumlah RM42 bilion," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.
Onn Hafiz berkata demikian menjawab soalan Hasrunizah Hassan (BN-Pulai Sebatang) berkenaan sasaran jumlah pelancong dan kutipan hasil pelancongan Tahun Melawat Johor 2026.
Beliau berkata kerajaan negeri memberi fokus untuk menarik pelancong dari dalam negara serta Singapura.
Pada bulan lepas, Onn Hafiz dilaporkan berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM116.35 juta untuk menaik taraf kemudahan awam, mempertingkatkan tarikan pelancongan serta memperkukuh pengalaman pengunjung di Johor bagi tahun 2024 dan 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#onn hafiz ghazi
#kutipan hasil
#Tahun Melawat Johor 2026
#pelancong
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan