JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Projek Sakit dan Terbengkalai (JSTP) menyasar untuk menyelesaikan lima projek sakit serta satu projek terbengkalai melibatkan 1,776 unit dengan nilai hartanah RM682.66 juta, tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata JSTP yang merupakan satu jawatankuasa khas menangani isu tersebut, melibatkan Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ), 16 Pihak Berkuasa Tempatan serta semua agensi teknikal.
"Dalam tempoh tahun 2022, 2023 dan menjelang 2024, nilai hartanah projek sakit dan terbengkalai yang telah dan akan diselesaikan akan mencecah kepada RM1 bilion," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi tahun 2022 dan 2023, Mohd Jafni berkata kerajaan negeri berjaya menyelesaikan enam projek sakit melalui kaedah intervensi melibatkan 1,073 unit kediaman dengan nilai hartanah RM260.75 juta.
Beliau berkata ia termasuk satu lagi projek terbengkalai yang dijangka selesai hingga ke peringkat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) serta serahan kunci, menjelang Oktober depan.
Semalam, Mohd Jafni dilapor berkata Enakmen PKPJ 1976 dipinda bagi memperkukuhkan lagi peranan agensi itu dalam tadbir urus perihal berkaitan perumahan awam, rumah mampu milik dan hartanah Bumiputera, di negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2023
Bagi tahun 2022 dan 2023, Mohd Jafni berkata kerajaan negeri berjaya menyelesaikan enam projek sakit melalui kaedah intervensi. - Gambar fail/Bernama
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Johor peruntuk RM63.5 juta baik pulih PPR, RSK
Johor memperuntukkan sebanyak RM63.5 juta untuk kerja-kerja membaik pulih PPR dan Rumah Sewa Kerajaan di seluruh negeri.
Johor sasar selesaikan lima projek sakit, satu terbengkalai bernilai RM682.66 juta tahun depan
Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Projek Sakit dan Terbengkalai (JSTP) menyasar untuk menyelesaikan lima projek sakit serta satu projek terbengkalai.
Johor mohon tempat letak kereta bertingkat di HSA
Kerajaan Johor akan terus memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar tempat meletak kenderaan bertingkat dibina di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini bagi menangani isu kesesakan.
Johor cadang tapak pelupusan sampah baharu tampung tapak terbakar
Kerajaan negeri Johor akan meneliti tindakan yang boleh diambil termasuk cadangan untuk menggunakan tapak pelupusan sampah baharu.
Johor beri amaran, jangan anjur program tidak bermoral
Kerajaan Negeri Johor memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menganjurkan sebarang program yang mendorong orang ramai melakukan maksiat dan kegiatan tidak bermoral.
Johor setuju beri diskaun 80 peratus pembayaran premium tanah - Zahid
Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberi diskaun sebanyak 80 peratus bagi pembayaran premium tanah, yang bernilai RM1.6 juta.
Kerajaan negeri akan pastikan peluang pekerjaan untuk anak muda - MB Johor
Selaras dengan sasaran menjadi negeri maju menjelang tahun 2030, kerajaan negeri akan terus memastikan peluang pekerjaan kepada golongan 'anak muda' sentiasa ada di negeri ini.
10 ADUN angkat sumpah Exco Johor
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) kerajaan negeri Johor di hadapan Sultan Ibrahim Iskandar.
Penantian 11 tahun Orang Asli berakhir, dapat kembali wang pampasan tanah
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel tiga hakim menolak permohonan tujuh pemohon untuk memperoleh kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
UMNO, Bersatu bentuk kerajaan negeri Johor
Gabungan kerajaan negeri Johor yang baharu akan dibentuk oleh UMNO, MIC, Bersatu, Pas dan serta beberapa ADUN daripada parti lain yang tidak dimaklumkan.