MALAYSIA
Johor, Singapura perkukuh kerjasama pengangkutan rentas sempadan - Onn Hafiz
Onn Hafiz (kiri) dan Jeffrey Siow pada pertemuan mereka semalam. - Foto FB Onn Hafiz
JOHOR BAHRU: Johor dan Singapura terus memperkukuh kerjasama dua hala menerusi cadangan pelbagai inisiatif baharu dalam sektor pengangkutan rentas sempadan bagi melancarkan mobiliti rakyat serta merangsang pertumbuhan ekonomi serantau secara mampan.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran di Facebook semalam berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan bersama Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura, Jeffrey Siow pada hari ketiga lawatan rasmi beliau ke republik itu.
Beliau berkata, antara fokus utama perbincangan ialah kemajuan Sistem Transit Rapid (RTS) Link yang dijadualkan mula beroperasi pada Januari 2027 termasuk aspek penyelarasan jadual pengoperasian, struktur tambang serta integrasi sistem pengangkutan awam antara Johor dan Singapura.
"Beberapa cadangan dikemukakan bagi melancarkan mobiliti rakyat dan merangsang pertumbuhan ekonomi kedua-dua wilayah secara mampan seperti cadangan penyelarasan waktu operasi serta penambahan bilangan bas rentas sempadan.
"Ini melibatkan lima operator utama iaitu SBS Transit, Causeway Link, SMRT Buses, Transtar Travel dan Bas AC7 yang disyorkan beroperasi lebih awal berbanding waktu semasa iaitu 5 pagi bagi menangani kesesakan dan melancarkan aliran trafik di Tambak Johor dan Kompleks Imigresen," katanya.
Onn Hafiz berkata, cadangan kedua melibatkan inisiatif perkhidmatan e-hailing rentas sempadan yang menawarkan pilihan mobiliti lebih fleksibel dan mengikut keperluan pengguna selain berpotensi mengurangkan kesesakan serta membuka peluang pendapatan kepada pemandu tempatan.
"Ia juga dilihat mampu menjadi pemangkin kepada sistem pengangkutan lebih mesra pengguna, selamat dan berdaya saing di samping memperkukuh integrasi antara mod pengangkutan awam kedua-dua negara," katanya.
Selain itu, perbincangan turut menumpukan cadangan pelaksanaan kajian khusus potensi Perkhidmatan Feri Tuas sebagai alternatif pengangkutan rentas sempadan termasuk menilai tahap permintaan sebenar dan mengenal pasti keperluan serta impaknya sebagai pelengkap kepada sistem pengangkutan sedia ada.
Beliau berkata, inisiatif itu dilihat berpotensi mengurangkan kebergantungan kepada Tambak Johor dan Linkedua sekali gus membuka lebih banyak pilihan perjalanan yang fleksibel, selesa dan efisien.
"Kerajaan Johor kekal komited menyokong pembangunan infrastruktur dan sistem pengangkutan yang efisien serta mesra rakyat. Semoga pertemuan ini akan membuka laluan kepada perancangan bersama yang lebih tersusun demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran ekonomi serantau," katanya.
-- BERNAMA