MALAYSIA
Johor sumbang RM2.5 juta untuk rakyat Palestin
Tunku Mahkota Ismail menyerahkan sumbangan kepada Walid selepas majlis solat hajat dan doa selamat di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, 7 Sept 2025. - Foto Facebook HRH Crown Prince of Johor
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor semalam menyalurkan sumbangan berjumlah RM2.5 juta kepada rakyat Palestin menerusi Tabung Kasih Johor-Palestin.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata sumbangan diserahkan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail kepada Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali selepas majlis solat hajat dan doa selamat di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini.
"Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail turut berkenan menyampaikan sumbangan peribadi baginda bagi membantu rakyat Palestin," katanya menerusi hantaran Facebook.
Beliau berkata majlis bagi memohon kesejahteraan Johor, Malaysia dan rakyat Palestin turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta barisan pemain dan jurulatih skuad Harimau Malaya dan Palestin.
Skuad Harimau Malaya akan menghadapi aksi persahabatan Tier 1 menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, hari ini.
-- BERNAMA