awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor tolak pesta arak

Sinar Harian
Sinar Harian
14/10/2018
05:36 MYT
Johor tolak pesta arak
Setakat ini, tiada sebarang lesen untuk menganjurkan pesta tersebut malah ia bukan satu budaya di negara ini.
Kerajaan negeri sejak dahulu tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada mana-mana pihak untuk menganjurkan pesta arak.
Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, setakat ini, tiada sebarang lesen untuk menganjurkan pesta tersebut malah ia bukan satu budaya di negara ini.
"Mengikut apa yang berlaku sebelum ini pun, kita tak pernah mengeluarkan lesen pesta arak. Kalau mereka di kalangan bukan beragama Islam nak mengadakannya memang kita tak boleh nak buat apa.
"Sebab tempat-tempat yang jual arak ini memang sudah sedia ada lesen, tapi untuk pesta ini, ia mesti ada lesen lain. Jadi kita setakat ini tidak ada mengeluarkan lesen untuk perayaan pesta arak. Ia bukan budaya kita, itu Jerman punya budaya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Larian Amal sempena Hari Kantin Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tampoi di sini pagi tadi.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian kerajaan negeri mengenai penganjuran Oktoberfest 2018 yang mendapat reaksi pelbagai pihak.
Osman berkata, rakyat Malaysia tidak seharusnya terikut-ikut dengan penganjuran Oktoberfest oleh negara luar, kerana ia bukan budaya bagi masyarakat di negara ini.
"Perkara yang tidak baik, (malah) boleh mendatangkan mudarat ini tidak payah la kita contohi demi kebaikan diri keluarga dan masyarakat," katanya.
Topic Berkaitan
#Cina
#Datuk Osman Sapian
#Islam
#Johor
#keluarga
#lesen
#Menteri Besar Johor
#Osman Sapian
#pesta arak
#rakyat
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan