JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor bercadang menubuhkan pasukan petugas khas bagi membincangkan mengenai prosedur operasi standard (SOP) khusus kepada rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja di Singapura, susulan pembukaan sempadan kedua-dua negara pada Jumaat ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri Mohd Hairi Mad Shah berkata SOP berkenaan akan diumumkan dalam waktu terdekat, setelah perbincangan bersama agensi berkaitan termasuk Kementerian Kesihatan selesai.
"Menteri Besar (Datuk Onn Hafiz Ghazi) mungkin akan berbincang terlebih dahulu bersama Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ)," katanya pada sidang media selepas Program Ziarah Pusara dan Gotong-Royong peringkat Johor di sini hari ini.
Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri Malaysia dan Pejabat Perdana Menteri Republik Singapura, memaklumkan kedua-dua negara bersetuju untuk membuka sepenuhnya sempadan darat bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi mulai 1 April, selaras dengan fasa peralihan ke endemik.
Malaysia dan Singapura juga akan membenarkan pengembara yang telah lengkap vaksinasi untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian COVID-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan.
Dalam perkembangan lain, Mohd Hairi yang juga ADUN Larkin, secara rasmi memulakan tugasnya sebagai exco yang bertanggungjawab terhadap portflio tersebut di Ibu Pejabat Sekretariat Sukan Malaysia (Sukma) Johor di Iskandar Puteri hari ini.
Bercakap kepada media selepas mengimbas kad perakam waktu, beliau memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor bagi menjayakan perancangan membenarkan venue yang dibina bagi penganjuran Sukma Johor disewa untuk pelbagai aktiviti kesukanan.
"Seperti kita tahu, venue Sukma Johor di bawah pentadbiran Majlis Sukan Negeri Johor memang akan disewakan kepada umum, namun ada antara venue berkenaan berada di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT), jadi saya akan mengadakan pertemuan dengan exco berkenaan untuk membincangkan perkara ini," katanya.
Beliau berkata pihaknya akan turut mengadakan perbincangan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk menjalankan operasi pemeriksaan terhadap kesemua petugas jabatan dan agensi di bawahnya, bagi memastikan mereka bebas daripada unsur dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 27 2022
SOP berkenaan akan diumumkan dalam waktu terdekat, setelah perbincangan bersama agensi berkaitan termasuk Kementerian Kesihatan selesai. - Gambar fail
Malaysia berdepan 30,000 kekurangan jurutera, perlu tampung dengan TVET - PM
Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan dipertingkat bagi menampung kekurangan 30,000 jurutera di negara ini.
Pulau Pinang adakan bengkel dengan pemegang taruh muktamadkan jajaran LRT
Bengkel itu dijangka dilaksanakan seminggu dua lagi supaya kerja-kerja melibatkan projek infrastruktur transformatif dapat dijalankan.
NRES rancang lestarikan industri plastik sekali guna elak pencemaran
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merancang untuk melestarikan industri plastik sekali guna menerusi satu peralihan yang seimbang dalam bidang itu.
Etika pacu kemampanan kewartawanan profesional, pemisah 'wartawan jadian'
Etika kewartawanan yang diamalkan wartawan profesional merupakan nadi kepada industri kewartawan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai.
Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan beli pam baharu untuk petani, pesawah di Kelantan
Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membeli pam-pam baharu bagi kegunaan para petani dan pesawah di Kelantan.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu - Sarjit
Sarjit menyeru rakyat Malaysia untuk memberi masa dan ruang kepada Speedy Tigers berwajah baharu untuk berkembang menjadi pasukan yang kuat menjelang edisi ke-30 Piala Sultan Azlan Shah.
Akhyar cedera dipercayai disamun
Akhyar Rashid cedera di kepala selepas dipukul dan menjadi mangsa samun, malam tadi.
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
PAC2024 : Lenggong lokasi pertama, tawar produk pelancongan menarik
Lenggong dipilih menjadi lokasi pertama penganjuran PAC 2024 dalam usaha memperkenalkan produk sedia ada di Lenggong Geopark yang bakal diangkat sebagai UNESCO Global Geopark.
Penumpang cedera, dua bas kemalangan di Tambak Johor
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian pada jam 5.50 pagi itu berlaku di lot parkir laluan bas di BSI menghala ke Singapura.
Johor sedia aktif laluan kontra CIQ BSI, KSAB tangani kesesakan
Kerajaan Johor bersedia mengaktifkan laluan kontra di CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).
Kesesakan di Tambak Johor semakin berkurang, kata PM Anwar
Kesesakan di Tambak Johor yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura semakin berkurang hasil usaha bersama Malaysia dan pihak-pihak yang berkaitan di Singapura.
Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan kaji cadangan feri JB-Singapura
Isu kesesakan itu sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet juga ditubuhkan bagi membincangkan masalah tersebut.
Peruntukan RM168.70 juta bagi atasi kesesakan di pintu masuk negara - Fadillah
Kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan kira-kira RM168.70 juta dalam usaha mengatasi kesesakan di pintu-pintu masuk negara.
Bahagian kami selesai, kini terpulang kepada Singapura atasi kesesakan di Tambak Johor - PM Anwar
Perdana Menteri memuji usaha yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen, Kastam dan agensi dalam menangani isu itu.
KDN teliti cadangan buka semula jalan pintas pejalan kaki di CIQ BSI
KDN meneliti cadangan membuka semula 'jalan pintas' di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru.
Usaha Johor kurangkan kesesakan di Tambak, Linkedua jimat 2 jam masa perjalanan
Usaha kerajaan Johor menyuraikan kesesakan di Tambak Johor di sini dan Linkedua di Iskandar Puteri berjaya menjimatkan sekurang-kurangnya dua jam masa perjalanan.
Kerajaan negeri tidak 'hangat-hangat tahi ayam' atasi kesesakan BSI, KSAB - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata dia sendiri telah turun padang sebanyak 60 kali ke CIQ BSI dan 14 kali ke CIQ KSAB sehingga kini.
Johor komited pastikan trafik lancar di Tambak Johor, Linkedua
Kerajaan negeri Johor terus komited memastikan trafik lancar di dua lintasan darat antara Johor dan Singapura.