Johor tutup Taman Eko, hutan simpan bermula hari ini

Hafizi Rosli
Disember 17, 2022 02:10 MYT
Taman Eko Rimba, trek pendakian dan laluan kenderaan 4x4 dalam Hutan Simpan Kekal di seluruh negeri Johor akan ditutup kepada orang awam mulai hari ini sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Taman Eko Rimba, trek pendakian dan laluan kenderaan 4x4 dalam Hutan Simpan Kekal di seluruh negeri Johor akan ditutup kepada orang awam mulai hari ini sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ), Datuk Salim Aman, penutupan ini sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian atau kemalangan tidak diingini berlaku susulan musim tengkujuh.
"Taman eko, trek pendakian dan laluan kenderaan 4x4 dalam hutan simpan seluruh negeri Johor ditutup bermula Sabtu kepada pengunjung.
"Ia sebagai langka berjaga-jaga bagi mengelak kejadian buruk berlaku ketika musim tengkujuh," katanya.
Notis penutupan itu dimuat naik di laman Facebook 'Jabatan Perhutanan Negeri Johor' dan beliau menjelaskan sebarang pelanggaran terhadap notis berkenaan boleh diambil tindakan.
Tindakan berkanaan di bawah Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985 Negeri Johor.
#Jabatan Perhutanan Johor #Taman Eko #pendakian #hutan