PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Soong Joo Ven menerima ugutan dan komen negatif oleh segelintir warganet di laman sosial, Instagram dipercayai susulan prestasinya yang kurang memberangsang ketika ini.
Atlet berusia 27 tahun dalam satu perkongsian yang dimuat naik di akaun Twitternya pada Sabtu mengakui takut untuk menggunakan akaun laman sosial berkenaan kerana bukan dirinya sahaja dikecam, malah ia turut melibatkan ahli keluarganya.
“Ini adalah salah satu punca kenapa saya takut dengan IG (Instagram).
“Ada individu akan memaki dan mencarut kepada anda dan keluarga. Saya fikir ia sesuatu benda yang bodoh,” ujar Joo Ven.
Salah satu mesej yang menyinggung perasaannya ialah;
“Patutlah anda masih pemain amatur kerana anda selalu memandang rendah kemampuan lawan anda. Malah ketika anda berada di depan 19-12 ketika menentang Magnus di set kedua anda masih memandang rendah,” tulis pemilik akaun berkenaan.
Malah lebih menakutkan Joo Ven, pemilik akaun itu menuduhnya mengatur perlawanan, selain mengharapkan satu perkara buruk berlaku dalam kehidupannya.
“Mungkin anda seorang individu yang mengatur perlawanan. Saya berharap satu hari nanti anda akan dihukum manakala anda dan keluarga akan mati dalam kemalangan jalan raya sebab perbuatan anda itu,” tulis pemilik akaun berkenaan.
Akhir bulan lalu, pemain yang berada di ranking ke-50 dunia itu tersingkir di pusingan kelayakan Sepanyol Masters selepas kalah kepada Magnus Johannesen dari Denmark.
Biarpun memberi tentangan sengit, namun Joo Ven terpaksa akur tewas dalam aksi rubber set 21-19, 29-27, 21-16 sekali gus gagal mara ke pusingan pertama kejohanan bertaraf S300. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 03 2023
Joo Ven dibelenggu kebimbangan susulan ugutan dan komen negatif warganet di media sosial. - Foto Badminton Photo/Sinar Harian
Pandu lawan arus: Wanita bebas jaminan polis, tunggu laporan psikiatri
Wanita berusia 55 tahun itu dibebaskan selepas tempoh remannya selama tiga hari berakhir pada Rabu.
“Lambat 5 minit, saya mungkin sudah tiada…” - Azlee Senario bersyukur
Azlee bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup selepas dikejarkan ke Institut Jantung Negara akibat serangan jantung.
[TERKINI] Ibu bapa Zayn Rayyan beredar dari mahkamah selepas selesai ikat jamin
Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin beredar dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya jam 12.45 tengahari, pada Khamis, selepas diikat jamin sebanyak RM10,000 setiap seorang.
SPRM belum terima panggilan menantu Muhyiddin untuk serah diri
SPRM masih belum menerima panggilan daripada ahli perniagaan, Datuk Muhammad Adlan Berhan iaitu menantu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sah! Aliff Aziz, Bella cerai talak satu
Aliff melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie pada jam 1.10 petang selepas mahkamah membenarkan permohonan perceraian yang dibuat penyanyi wanita itu pada 11 Mac lalu.
Bekalan air di Arau dan Kangar kembali pulih
Syarikat Air Perlis (SAP) menerusi makluman di laman Facebook rasminya malam tadi memaklumkan kerja baik pulih kerosakan suis utama pam air bersih di LRA berkenaan siap sepenuhnya dan loji itu telah beroperasi pada tahap maksimum 100 peratus.
Lelaki ambil upah baling bom petrol di Melaka ditahan
Menurut Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah, suspek berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira 9 pagi di hadapan sebuah rumah di Taman Kok Liang, Kuala Lumpur, kerana disyaki mempunyai kaitan dengan sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along dari negara jiran.
[TERKINI] Pekebun tidak serik-serik, kali ketiga didakwa sokong pengganas Daesh
Seorang pekebun tidak serik-serik apabila sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar atas pertuduhan menyokong dan memiliki item berkaitan kumpulan pengganas Daesh sejak tahun lalu.
Aliff Aziz hadir ke mahkamah berkaca mata hitam, ditemani pengawal peribadi
Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, dilihat tenang semasa tiba di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan sekitar pukul 12.25 tengah hari ini.
AWANI Ringkas: Ibu bapa didakwa abaikan anak hingga menyebabkan kecederaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis nafi pihak berkuasa bakar rumah setinggan di Inanam
Polis menafikan dakwaan dalam video yang tular di media sosial kononnya pihak berkuasa bertindak membakar rumah setinggan bersebelahan Kampung Kalansanan, Inanam di sini hari ini.
Pengosongan 273 rumah tanpa izin di perairan Semporna berdasarkan faktor keselamatan
Sebanyak 273 rumah penempatan tanpa izin yang dibina di perairan Taman Marin Tun Sakaran di Semporna diberikan notis arahan pengosongan yang diedarkan dari 2 hingga 4 Mei lepas.
Identiti 'isteri' terbongkar, pasangan lelaki kantoi kahwin sejenis
Di bawah kes itu, Jurnal dikatakan menyamar sebagai pengantin wanita untuk mengelirukan orang ramai.
Kerana wang, ibu muda sanggup rakam adegan tidak senonoh dengan anak
Insiden itu turut disahkan pihak berkuasa setelah suspek menyerahkan diri kepada polis.
Lai Pei Jing jadi mangsa sindiket penipuan, wang simpanan lesap
Pemain berusia 31 tahun itu berkongsi insiden malang yang menimpa dirinya di media sosial.
423 kes jenayah komersial di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Sebanyak 423 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM15.6 juta direkodkan di Johor sepanjang bulan lepas.
Akaun Instagram ibu Zayn Rayyan 'lesap'
Akaun media sosial milik ibu kepada Zayn iaitu Ismanira Abdul Manaf, menjadi tumpuan netizen bagi melihat hantaran terkini.
Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun
Video tular memperlihatkan keadaan bangunan ibu pejabat itu dipenuhi semak-samun dengan sampah dan air bertakung di beberapa tempat.
Berdosa ‘troll’ guna ayat al-Quran walaupun atas tujuan hiburan
Terdapat segelintir individu tanpa segan silu melakukan hasut maya (troll) menggunakan bait-bait suci ayat al-Quran di media sosial.
Fahmi jumpa pengendali platform media sosial di Singapura bulan depan
Pertemuan dibuat susulan tindakan Meta Platforms menurunkan hantaran berita media Malaysia mengenai pertemuan Anwar dengan Ismail Haniyah.