KOTA KINABALU: Pemergian Tan Sri Joseph Kurup, yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur malam tadi, merupakan kehilangan besar seorang pemimpin yang setia berkhidmat dan sanggup melakukan apa sahaja demi kecintaannya kepada negeri Sabah.
Joseph, 79, yang memiliki latar belakang sebagai pengamal undang-undang, dilahirkan di Tambunan pada 15 Dis 1944 dan menggengam Diploma Pentadbiran Awam dari Institut Teknologi MARA serta Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari University of London selain menjadi Barrister-at-Law di Inner Temple London.
Dalam arena politik, beliau menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1985 dan dilantik sebagai Setiausaha Agung setahun selepas itu sebelum memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook dalam Pilihan Raya Negeri pada 1985.
Beliau menjadi wakil rakyat Sook selama lima penggal atas tiket PBS dengan kali terakhir pada PRN Sabah 1994 sebelum menubuhkan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan menjadi Presidennya.
Atas tiket PBRS, yang juga parti komponen Barisan Nasional, Joseph kembali menjadi wakil rakyat Sook pada PRN 2004 serta Ahli Parlimen Pensiangan selama dua penggal pada Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013.
Legasi mendiang diteruskan apabila anaknya Datuk Arthur Joseph Kurup dilipilih sebagai Ahli Parlimen Pensiangan pada PRU 2018 dan 2022 selain menggantikan beliau sebagai Presiden PBRS pada Januari 2023.
Joseph juga pernah memegang jawatan penting dalam Kerajaan Negeri Sabah antaranya Timbalan Ketua Menteri dari 1989 hingga 1990 dan dilantik semula dari 1994 hingga 1999; Menteri Pertanian dan Perikanan (1985), Menteri Kewangan (1990) serta Menteri Belia dan Sukan (2003).
Beliau turut memainkan peranan penting di peringkat Persekutuan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Integrasi Nasional) pada 2013, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (2009) serta Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (2008).
Mendiang juga cukup diingati apabila menjadi figura penting mengendalikan proses pengurusan jenazah bukan Islam rakyat Malaysia dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine pada 2014.
Joseph meninggalkan balu Puan Sri Melinda Mak dan enam anak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Joseph juga cukup diingati apabila menjadi figura penting mengendalikan proses pengurusan jenazah bukan Islam rakyat Malaysia dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di Ukraine pada 2014. - Gambar fail/BERNAMA
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 35 warga asing
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 35 pendatang asing warga Filipina di perairan Kudat, petang semalam.
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda bagi penuhi keperluan REE negara
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda dalam usaha memenuhi keperluan pembangunan kerangka model perniagaan unsur nadir bumi (REE) negara.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi jejaki prestasi serantau
Ia seiring dengan pengukuhan niaga hadapan getah Shanghai berikutan sentimen dirangsang oleh data ekonomi China yang menggalakkan.
Kebakaran hutan tanah gambut di Rompin dijangka dipadamkan sepenuhnya seminggu lagi
Kebakaran di kawasan hutan tanah gambut di Rompin sejak Sabtu lepas dijangka dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh seminggu lagi.
Fahmi bidas kenyataan Dr Afif mengenai calon PH bagi PRK
Fahmi membidas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin yang dianggapnya membuat kenyataan seksis terhadap calon PH bagi PRK KKB, Pang Sock Tao.
Etika kewartawanan bezakan wartawan warga dengan pengamal media sebenar - Fahmi
Etika kewartawanan yang teguh amat penting dalam memastikan kemampanan industri media di negara ini.
Lebih 10,000 orang hilang di bawah runtuhan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt
Perkhidmatan Pertahanan Awam Palestin pada Selasa berkata lebih 10,000 orang masih hilang di bawah runtuhan di seluruh Semenanjung Gaza sejak bermulanya serangan Israel pada 7 Okt 2023.
TLDM lancar penjajaran Pelan Transformasi 15to5
TLDM akan melancarkan dokumen Platform semasa Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 berlangsung pada 6 hingga 9 Mei ini.
Menteri Pertahanan Malaysia, Indonesia bincang keselamatan, kesiapsiagaan masa depan serantau
Pertemuan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Prabowo Subianto hari ini membincangkan pelbagai isu termasuk cabaran keselamatan dan mempromosi kestabilan di rantau Asia Tenggara.
PM Anwar, Menteri Ekonomi Indonesia sepakat dorong ASEAN-GCC jadi kekuatan ekonomi baharu
Anwar dan Airlangga Hartarto percaya dialog strategik ASEAN-GCC di WEF penting sebagai momentum dalam mengukuhkan kerjasama ASEAN dan GCC, khususnya bagi perdagangan dan pelaburan.
PM Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew.
Jasad mendiang Joseph Kurup tiba di Kota Kinabalu
Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 11.20 malam tadi.
Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan
Jenazah mendiang sepatutnya dibawa melalui penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk upacara penghormatan terakhir.
Joseph Kurup pemimpin yang setia berkhidmat untuk Sabah
Joseph, 79, yang memiliki latar belakang sebagai pengamal undang-undang, dilahirkan di Tambunan pada 15 Dis 1944.
Pemergian Joseph Kurup: Sabah kehilangan pemimpin luar biasa - Hajiji
Dalam masa sama, Hajiji mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
Rakyat jimat RM27.8 juta melalui Jualan Agro Madani
Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, penjimatan itu melibatkan kira-kira 11.6 juta rakyat yang berbelanja di jualan tersebut.
MOSTI kenal pasti lima perspektif ekosistem teknologi
MOSTI mengenal pasti lima perspektif utama membangunkan ekosistem teknologi bahan termaju termasuk unsur nadir bumi (REE).
MOSTI peruntuk RM15.73 juta dalam teknologi nuklear, tingkat hasil pertanian
Nuklear Malaysia memperuntukkan RM15.73 juta mulai 2016 hingga tahun ini dalam usaha mempergiatkan penyelidikan dalam bidang pertanian.
Arthur Kurup ganti bapa sebagai Presiden PBRS
Datuk Arthur Joseph Kurup sah dilantik sebagai Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) baharu menggantikan bapanya, Tan Sri Joseph Kurup berkuat kuasa serta-merta.
PBRS saran BN Sabah gerak solo, lupakan GRS
PBRS melalui pemudanya sebelum ini pernah menyuarakan kekecewaan apabila parti komponen itu tidak dilibatkan di dalam perbincangan bersama BN mengenai kerjasama dengan GRS.