GADGETS

Joy-Con 2, Switch Pro Controller untuk Nintendo Switch 2 lepasi pengesahan SIRIM

Amanz 14/06/2025 | 04:30 MYT
Alat kawalan seperti Nintendo Joy-Con 2 dan Nintendo Switch Pro Controller 2 telah melepasi proses pengesahan SIRIM, memberi petunjuk bahawa pelancaran konsol di Malaysia mungkin tidak lama lagi. -Amanz
BEBERAPA negara di Asia Tenggara seperti Thailand, Singapura dan Vietnam akan mula menjual konsol Nintendo Switch 2 terbaharu dengan Malaysia masih lagi menunggu untuk tarikh penjualannya, kerana ia masih perlu melalui pengesahan SIRIM sebelum ia boleh dijual.


Ringkasan AI
  • Konsol Nintendo Switch 2 akan mula dijual di beberapa negara Asia Tenggara seperti Thailand, Singapura dan Vietnam pada 26 Jun 2025, namun Malaysia masih menunggu pengesahan SIRIM sebelum ia boleh dipasarkan secara rasmi.
  • Alat kawalan seperti Nintendo Joy-Con 2 dan Nintendo Switch Pro Controller 2 telah melepasi proses pengesahan SIRIM, memberi petunjuk bahawa pelancaran konsol di Malaysia mungkin tidak lama lagi.
  • Konsol utama dan kamera web Nintendo Switch 2 masih belum diperlihatkan, namun dijangka akan tiba di pasaran tempatan menjelang tarikh pelancaran serantau.


Melalui laporan Lowyat.Net, nampaknya sekurang-kurangnya alat-alat kawalan konsol ini, iaitu Nintendo Joy-Con 2 dan Nintendo Switch Pro Controller 2 sudah pun melepasi proses pengesahan SIRIM baru-baru ini.

Walaupun begitu, kelibat konsol Nintendo Switch 2 sendiri, dan juga kamera web Nintendo Switch 2 kamera belum diperlihatkan lagi, tetapi dengan pengesahan alat-alat kawalan ini, jangkaan kami ialah konsol ini masih lagi sempat untuk dijual di pasaran tempatan secara rasmi menjelang tarikh rasmi pasaran Asia Tenggara 26 Jun 2025. -Amanz




#Nintendo Switch 2 #pengesahan SIRIM #Joy-Con 2 #Switch Pro Controller 2