awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Lima Kluster Strategik perkukuh Reformasi Kesihatan MADANI - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Joyride' menaiki helikopter tarikan di KUAM'23

Bernama
Bernama
18/09/2023
22:00 MYT
'Joyride' menaiki helikopter tarikan di KUAM'23
Orang ramai menyaksikan sebuah helikopter membuat persembahan pada KaRnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. - Foto BERNAMA
MELAKA: Orang ramai berpeluang mengelilingi ruang udara Melaka ke Batu Pahat, Johor dengan menaiki helikopter apabila aktiviti Joyride disenaraikan pada Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023 (KUAM'23).
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata aktiviti Joyride setinggi 5,000 kaki itu antara acara menarik di karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula 29 Sept hingga 1 Okt ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam.
"Harga bagi penerbangan selama 10 minit itu ialah RM270 seorang dan dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan sepanjang tiga hari karnival, dengan menggunakan helikopter," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat penyelarasan KUAM'23 yang turut dihadiri Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer serta agensi dan pengendali syarikat penerbangan yang menyertai karnival kali kelapan itu.
Katanya, sebanyak 41 pesawat dengan lapan dari unit beruniform, 22 pesawat kecil dari kelab penerbangan, enam paramotor, satu microlight dan dua dron akan dipamerkan di samping simulator dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Abdul Razak berkata pihaknya akan meningkatkan usaha mempromosikan KUAM'23 memandangkan penganjuran tersebut turut disertai syarikat penerbangan dari Jerman, Singapura, Rusia, Australia dan Taiwan melibatkan 17 juruterbang.
Katanya bagi pengajuran kali ini, KUAM'23 disasarkan menarik 45,000 pengunjung sepanjang tiga hari karnival berlangsung berbanding 30,000 pada tahun sebelumnya.
"Penganjuran ini juga akan menjadi penanda aras untuk penganjuran sama tahun depan yang merupakan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024. Penganjuran kali ini kita akan tengok perkara yang perlu ditambah baik.
"Sudah tentu kekangan utama adalah saiz LTAM ini sendiri yang agak kecil dan kita buat penyelarasan terbaik agar penganjuran berjalan lancar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KUAM'23
#joyride
#helikopter
#Karnival Udara Antarabangsa Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan