MALAYSIA
JPA nafi berlaku perubahan sistem pencen kerajaan mulai 1 Jan 2025

JPA turut mengingatkan orang ramai bahawa menyebarkan berita palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta menasihati agar tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih.
KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekali lagi menafikan kononnya berlaku perubahan sistem pencen kerajaan mulai 1 Jan 2025 seperti ditularkan pihak tertentu di media sosial.
Ringkasan AI
- JPA menafikan dakwaan perubahan sistem pencen kerajaan bermula 1 Januari 2025 dan menegaskan tiada pembatalan pencen untuk pegawai awam sedia ada.
- JPA dan Bahagian Pencen menyatakan maklumat tular itu bukan daripada mereka atau KWAP, dan menyeru orang ramai merujuk sumber rasmi kerajaan.
- Orang ramai diingatkan bahawa menyebarkan berita palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
JPA turut mengingatkan orang ramai bahawa menyebarkan berita palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta menasihati agar tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih.
Sementara itu, Bahagian Pencen JPA turut menafikan dakwaan berkenaan dan memaklumkan maklumat tular itu bukanlah daripada bahagian itu mahupun Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).
"Jika kalian terima, abaikan. Rujuk sumber yang sahih dan ayuh kita doakan agar insan yang mengadakan 'cerita tidak benar ini' diberikan petunjuk," kata Bahagian Pencen JPA.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami