awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPBNS belum muktamadkan SOP Aidilfitri, teliti penilaian pakar kesihatan

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
19/04/2022
03:40 MYT
JPBNS belum muktamadkan SOP Aidilfitri, teliti  penilaian pakar kesihatan
Dr Sim berkata SOP ini mestilah seimbang bagaimana rakyat boleh menjaga keselamatan dalam masa yang sama dapat menjalani perayaan Aidilfitri. - Foto fail
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) belum memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 untuk sambutan Aidilfitri di negeri ini.
Penasihat JPBNS, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, pihaknya masih meneliti beberapa perkara termasuk hasil penilaian daripada pakar kesihatan Sarawak.
“Ia (SOP Aidilfitri) akan kita keluarkan dalam masa terdekat dan kita sentiasa berpandukan hasil penelitian pakar kesihatan kita dan semua SOP ini mestilah berdasarkan persetujuan bersama, secara konsensus.
“SOP Aidilfitri ini mestilah seimbang bagaimana rakyat boleh menjaga keselamatan dalam masa yang sama dapat menjalani perayaan Aidilfitri,” katanya selepas Majlis Berbuka Puasa bersama petugas media di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.
Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak itu juga percaya Pasukan Tindakan COVID-19 telah memainkan peranan dalam memastikan pencegahan jangkitan dilakukan pada tahap yang terbaik oleh masyarakat.
“Pasukan Tindakan COVID-19 ini melakukan tugas mereka dengan baik terutama dalam memastikan masyarakat dapat melaksanakan langkah pencegahan jangkitan seperti memastikan kepentingan sistem pengudaraan ventilasi di setiap rumah kediaman.
“Selain itu, mereka yang berada dalam kategori berisiko buat masa ini perlu mendapatkan suntikan vaksin yang terkini seperti dos penggalak kedua khasnya kepada warga emas, di samping rutin kesihatan yang lain,” katanya.
Peralihan ke fasa endemik awal April lalu menyaksikan beberapa kelonggaran dilaksanakan kerajaan termasuk pemansuhan had kapasiti 50 peratus melibatkan kumpulan ramai dan tiada penjarakan fizikal.
Pada Rabu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi rakaman video yang dimuat naik menerusi aplikasi Tik Tok berkata akan mengumumkan kemaskini SOP berkaitan sambutan Aidilfitri dan beberapa pengumuman lain yang penting.
Topic Berkaitan
#SOP Hari Raya
#Sarawak
#sim kui hian
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan