awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPDP siasat dakwaan ketirisan data laman sesawang Misi Rakyat

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
14/07/2023
02:20 MYT
JPDP siasat dakwaan ketirisan data laman sesawang Misi Rakyat
Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) membuka kertas siasatan terhadap dakwaan insiden penggodaman dan ketirisan data laman sesawang Misi Rakyat milik syarikat Bangsa Bertauhid Sdn Bhd. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) membuka kertas siasatan terhadap dakwaan insiden penggodaman dan ketirisan data laman sesawang Misi Rakyat milik syarikat Bangsa Bertauhid Sdn Bhd.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, JPDP berkata, ketirisan data laman sesawang Misi Rakyat itu didakwa telah dimuat naik oleh seorang penggodam dalam laman sesawang BreachForums dan aplikasi Telegram pada 3 dan 4 Julai lalu.
Berikutan dakwaan tersebut, JPDP telah menerima laporan insiden ketirisan data laman sesawang Misi Rakyat daripada MyCERT, CyberSecurity Malaysia (CSM) pada 4 Julai 2023.
"Pada hari yang sama, JPDP telah menghubungi syarikat Bangsa Bertauhid Sdn. Bhd. untuk mendapatkan pengesahan berkenaan insiden dan sampel data yang terlibat.
"JPDP juga telah mengarahkan syarikat tersebut untuk menjalankan siasatan dalaman dan melengkapkan borang Notifikasi Ketirisan Data (DBN).
"JPDP telah memulakan sisatan terhadap insiden ini selepas menerima Borang DBN daripada syarikat Bangsa Bertauhid Sdn Bhd pada 10 Julai 2023," kata kenyataan itu lagi.
Mengulas lanjut, JPDP berkata, pengasas laman sesawang Misi Rakyat juga telah dipanggil bagi prosedur rakaman percakapan pada 13 Julai (Khamis).
Sehubungan itu, JPDP bekerjasama dengan CSM untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden ini bagi mengenal pasti sekiranya berlakunya sebarang pelanggaran di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709].
JPDP turut menggesa agar semua syarikat dan organisasi yang memproses data peribadi dalam transaksi komersial untuk mematuhi Prinsip, Peraturan dan Standard Perlindungan Data Peribadi di bawah Akta 709.
"Syarikat dan organisasi juga diingatkan agar lebih berhati-hati ketika memproses data peribadi bagi mengelak berlakunya insiden ketirisan data peribadi," jelas kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#ketirisan
#Jabatan Perlindungan Data Peribadi
#Bangsa Bertauhid Sdn Bhd
#misi rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan