awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yahoo tambah sokongan AI melalui ciri Yahoo Scout pada enjin carian
Polis Korea Selatan jalankan penggeledahan di Coupang, lapor Yonhap
Tesla bakal labur AS$2 bilion dalam xAI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ akan panggil pengurusan tertinggi KDEBWM dalam masa terdekat

Bernama
Bernama
15/10/2025
02:05 MYT
JPJ akan panggil pengurusan tertinggi KDEBWM dalam masa terdekat
Aedy (kanan) memeriksa lori yang ditahan ketika Ops Khas JPJ di Jalan Klang - Banting, Telok Panglima Garang Kuala Langat, malam tadi. -- fotoBERNAMA
KUALA LANGAT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memanggil pengurusan tertinggi KDEB Waste Management (KDEBWM) dalam masa terdekat susulan pelbagai isu keselamatan jalan raya membabitkan lori pengangkut sampah milik syarikat itu.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata ia bertujuan memberi mesej dan peringatan kepada KDEBWM bahawa kenderaan mereka tidak boleh sewenang-wenangnya berada di atas jalan raya tanpa mematuhi peraturan.
"Isnin lepas kita (JPJ) telah berbincang dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkaitan kenderaan milik KDEBWM dan kita juga telah mengambil tindakan drastik baru-baru ini.
"Kita telah menyita 22 lori sampah milik mereka yang telah melakukan 154 kesalahan termasuk tidak mempunyai insurans dan LKM (lesen kenderaan motor) serta dipandu warga asing tanpa lesen," katanya pada sidang media Ops Khas JPJ Selangor di Stesen Penguatkuasa Banting, di sini semalam.
Aedy Fadly berkata KDEBWM disaran melakukan tindakan segera memperbaiki pelbagai kesalahan yang telah dilakukan melalui lori-lori sampah yang digunakan dalam operasi syarikat itu.
Beliau juga telah mengarahkan Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan untuk mengerahkan JPJ Selangor serta Kuala Lumpur untuk menahan dan menyita mana-mana lori sampah KDEBWM yang bermasalah.
Dalam perkembangan sama, beliau mewakili JPJ menghargai komitmen baik syarikat konsesi itu melunaskan 22,017 saman tertunggak sebelum ini dengan jumlah kompaun mencecah RM3.1 juta.
"Kita puji inisiatif KDEBWM itu, namun masih terdapat kesalahan berulang dilakukan kontraktor di bawah kendalian syarikat itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDEBWM
#JPJ
#lori sampah
#Aedy Fadly Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan