MALAYSIA
JPJ bakal laksana penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar kenderaan persendirian
Aedy berkata kempen ini menzahirkan komitmen JPJ untuk memastikan setiap perjalanan bermula dengan langkah keselamatan paling asas iaitu pemakaian tali pinggang keledar. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melaksanakan penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua pengguna dan penumpang kenderaan persendirian di seluruh negara, kata Ketua Pengarahnya Datuk Aedy Fadly Ramli.
Tanpa mendedahkan tarikh mula penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar itu, beliau berkata keutamaan JPJ ketika ini ialah melaksanakan advokasi pemakaian tali pinggang keledar antaranya melalui kempen "Klik Sebelum Gerak".
Beliau berkata kempen 'Klik Sebelum Gerak' dilancarkan hari ini sebagai usaha memperkukuh budaya keselamatan jalan raya dan menekankan kepentingan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua pengguna kenderaan iaitu pemandu dan penumpang kenderaan.
"Selaras dengan kempen ini juga, kita akan maklumkan kemudian penguatkuasaan untuk pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang-penumpang kereta persendirian selepas ini.
"Kita akan maklumkan nanti, sekarang ini kita mulakan dengan kempen terlebih dahulu kempen 'Klik Sebelum Gerak' dan kemudian kita akan maklumkan bilakah tarikh yang kita akan tentukan untuk penguatkuasaan bagi penumpang-penumpang kereta," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Individu yang tidak memakai tali pinggang keledar boleh dikenakan kompaun tidak lebih RM300 berdasarkan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar dan Sistem Kekangan Kanak-Kanak) 1978 (pindaan 2019).
Beliau berkata kempen ini menzahirkan komitmen JPJ untuk memastikan setiap perjalanan bermula dengan langkah keselamatan paling asas iaitu pemakaian tali pinggang keledar.
Berdasarkan kajian Insititut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), pemakaian tali pinggang keledar berupaya dalam mengurangkan risiko kematian penumpang kenderaan hingga 50 peratus sekiranya berlaku kemalangan.
"Dalam hal ini, pemakaian tali pinggang keledar akan memastikan pemandu dan penumpang kekal duduk di tempat duduk sekiranya berlaku kemalangan berbanding mereka yang tidak memakai tali pinggang keledar yang mempunyai risiko lebih tinggi untuk tercedera.
"JPJ akan terus melaksanakan program advokasi, hebahan melalui pelbagai saluran serta pemeriksaan berkala bagi memastikan tahap pematuhan yang optimum dapat dicapai.
"JPJ amat komited untuk menjadikan pemakaian tali pinggang keledar sebagai norma dan budaya keselamatan nasional demi melindungi nyawa setiap pengguna jalan raya," katanya.
Sementara itu, Aedy Fadly berkata setakat ini, penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar telah dilaksana kepada pemandu dan penumpang bas ekspres dan bas persiaran.
"Kita dah mulakan dengan langkah penguatkuasaan (tali pinggang keledar), kita saman penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar," katanya.
Semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar berkuat kuasa 1 Julai 2025.
Penguatkuasaan itu terpakai bagi bas yang dibina selepas Januari 2020 manakala bas yang dibina sebelum itu diberi masa untuk membuat pemasangan tali keledar.
-- BERNAMA