awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ bakal tukar petugas kaunter yang bertugas lebih lima tahun

Bernama
Bernama
23/01/2025
15:15 MYT
JPJ bakal tukar petugas kaunter yang bertugas lebih lima tahun
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata ketetapan itu, selaras arahan KSN Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengenai dasar penggiliran kerja bagi penjawat awam yang bertugas di kaunter yang melebihi lima tahun. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter JPJ yang bertugas melebihi lima tahun, melibatkan 1,907 petugas di seluruh negara.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata ketetapan itu, selaras arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengenai dasar penggiliran kerja bagi penjawat awam yang bertugas di kaunter yang melebihi lima tahun.
"JPJ juga sedang memperincikan senarai nama penjawat awam yang bertugas di kaunter JPJ untuk dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata dasar penggiliran kerja itu diyakini akan mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan dan kualiti perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan, melalui kaunter-kaunter perkhidmatan JPJ.
"Selain itu, usaha ini juga sebagai antara elemen penekanan terhadap aspek integriti petugas kaunter JPJ, selain peningkatan kemahiran dan pengalaman penjawat awam terutamanya warga kerja JPJ dalam penyampaian perkhidmatan," katanya.
Aedy Fadly berkata JPJ komited dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik dan cekap, bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan kepada rakyat, selaras dengan agenda Reformasi Perkhidmatan Awam.
Shamsul Azri pada Majlis Amanat KSN Tahun 2025, mengarahkan JPA untuk meneliti dan melaksanakan pusingan kerja membabitkan penjawat awam yang berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan.
Ini kerana tempoh lima tahun bertugas di kaunter dilihat terlalu lama dan tidak bersesuaian, menjadikan beliau mahu pelaksanaan pusingan kerja dilaksanakan dalam masa terdekat.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilapor berkata pelaksanaan pusingan kerja membabitkan penjawat awam di kaunter perkhidmatan mampu menangani isu integriti, menambah baik mutu penyampaian dan mewujudkan iklim kerja yang kondusif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#petugas kaunter
#Aedy Fadly Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan