MALAYSIA
JPJ beri peringatan, 2.3 juta pemegang lesen memandu status tidak aktif

Aedy Fadly berkata adalah menjadi kesalahan sekiranya mereka memandu dengan menggunakan lesen tidak aktif memandangkan ia akan menimbulkan pelbagai risiko berbangkit kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati 2.3 juta pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) berada dalam status tidak aktif, sama ada telah tamat tempoh atau tidak diperbaharui melebihi tiga tahun.
Ringkasan AI
- JPJ mendapati seramai 2.3 juta pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) berada dalam status tidak aktif kerana tamat tempoh atau tidak diperbaharui melebihi tiga tahun, dan memandu dengan lesen tidak aktif adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- Individu yang ingin mengaktifkan semula lesen selepas tempoh tiga tahun perlu menduduki semula Ujian KPP Bahagian 2 dan 3 di institut memandu berdekatan bagi mendapatkan semula lesen sah.
- Pemegang CDL yang tamat tempoh kurang daripada tiga tahun diseru segera memperbaharui lesen melalui aplikasi MyJPJ, portal mySikap atau kaunter JPJ bagi mengelak keperluan menduduki semula ujian.
"Sekiranya pemegang lesen terbabit masih berhasrat untuk memandu kenderaan motor atas jalan, individu itu wajib menduduki semula Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu Bahagian 2 dan 3 (KPP02 dan KPP03) di mana-mana institut memandu berdekatan untuk mendapatkan atau mengaktifkan semula lesen memandu berkenaan selaras ketetapan Akta 333," katanya dalam kenyataan hari ini .
Sementara itu, beliau berkata semua pemegang CDL yang tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun diseru untuk segera memperbaharui lesen melalui aplikasi MyJPJ, portal mySikap atau mana-mana kaunter JPJ di seluruh negara bagi mengelak kewajipan menduduki semula KPP02 dan KPP03.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami