MALAYSIA
JPJ buka bidaan nombor pendaftaran 'GM' sempena Hari Malaysia
Aedy Fadly berkata bidaan bagi siri NPI itu akan dibuka mulai esok hingga 10 malam Sabtu, melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid). - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa (NPI) dengan tanda indeks 'GM' sempena sambutan Hari Malaysia 2025.
Ringkasan AI
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata bidaan bagi siri NPI itu akan dibuka mulai esok hingga 10 malam Sabtu, melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) dan keputusan akan dikeluarkan pada Ahad.
"Tanda Indeks NPI siri 'GM' ini dipilih dengan membawa maksud 'Gemilang Malaysia' bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan cintakan negara dalam bulan kemerdekaan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata harga bidaan adalah mengikut harga minimum ditetapkan iaitu bermula RM20,000 bagi nombor bernilai utama, nombor premium (RM5,000), nombor menarik (RM2,500), nombor popular (RM500) dan nombor biasa (RM300).
"Mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida mestilah didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan," katanya.
Aedy Fadly turut berkata pembida yang berjaya juga akan ditawarkan dua keping tiket Festival Super GT Malaysia 2026, yang boleh ditebus melalui alamat e-mel gm@supergtmalaysia.com.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- JPJ buka bidaan nombor pendaftaran khas siri GM mulai esok hingga Sabtu melalui sistem JPJeBid, sempena sambutan Hari Malaysia 2025.
- GM bermaksud Gemilang Malaysia, dengan harga bidaan minimum: nombor utama (RM20,000), premium (RM5,000), menarik (RM2,500), popular (RM500) dan biasa (RM300).
- Pemenang bidaan mesti daftar nombor dalam 12 bulan, dan akan menerima dua tiket Festival Super GT Malaysia 2026 sebagai ganjaran.