awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ cadang beri penghargaan kepada penyalur maklumat

Bernama
Bernama
08/07/2022
20:40 MYT
JPJ cadang beri penghargaan kepada penyalur maklumat
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) M M Janagarajan (kanan) menunjukkan aplikasi telefon pintar bagi membuat aduan. - Foto BERNAMA
SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang untuk memberi penghargaan kepada orang awam yang menjadi "mata dan telinga" dengan menyalurkan maklumat kesalahan jalan raya melalui aplikasi e-ADUAN@JPJ.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, M Janagarajan berkata perkara itu telah dibincangkan di peringkat jabatan berkenaan bagi menggalakkan masyarakat membantu JPJ mengesan kesalahan lalu lintas dalam kalangan pengguna jalan raya.
"Kita sangat mengharapkan kerjasama masyarakat untuk menjadi 'mata-mata' kepada JPJ sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Sejak e-ADUAN@JPJ ini diperkenalkan kita telah menerima kira-kira 1,000 aduan di seluruh negara yang mana sistem aduan ini lebih cepat dan mudah," katanya kepada pemberita selepas Ops Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2022 di sini pada Jumaat.
Beliau berkata melalui aplikasi berkenaan, orang ramai boleh memuat naik gambar atau video kesalahan jalan raya yang berlaku serta memaklumkan lokasi dan waktu kesalahan bagi tujuan siasatan lanjut dan tindakan.
Katanya aduan yang dibuat perlu lengkap dengan waktu, tempat, video dan gambar untuk memudahkan siasatan dijalankan.
Dalam pada itu, Pengarah JPJ Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf berkata sebanyak 13 kesalahan jalan raya dikesan melalui penyamaran yang dilakukan pihaknya di Terminal One di sini dalam Ops Khas HRAA pada Khamis.
Beliau berkata ia melibatkan empat kes memandu dilorong kanan secara berterusan, tidak selenggara buku log (dua), menurunkan penumpang di tempat yang tidak dibenarkan (dua), merokok semasa memandu (tatakelakuan pemandu Kenderaan Perkhidmatan Awam) (satu), memandu berterusan melebihi 300 kilometer (satu) dan lain-lain kesalahan (tiga).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#JPJ
#e-Aduan JPJ
#penghargaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan